SUKA DUKA HIDUP IBUNDA KITA: UMMU SALAMAH (BHG. 6/6)


Ummu Salamah menjawab, "Wahai Rasulullah, mereka ditimpa dengan apa yang engkau lihat sekarang (sedih, kecewa, penat dan rindu tidak terlunas). Apa kata, kamu keluar daripada khemah tetapi tidak bercakap dengan siapa pun lalu kamu bercukur dan melakukan sembelihan. Jika kamu berbuat demikian, pasti mereka akan menurutimu."

Hakikatnya, para Sahabat bukanlah ingin membantah, apatah lagi mengingkari perintah Rasulullah SAW. Mereka cuma ingin berunding.

Nabi SAW pun melakukan saranan Ummu Salamah. 

Melihat kelakuan Nabi SAW, fahamlah para Sahabat akan kesalahan mereka lalu mula menuruti Baginda. Ini berpunca daripada idea Ummu Salamah RA. 

Selepas kewafatan Nabi SAW,  Ummu Salamah banyak meriwayatkan hadith. Para Sahabat banyak merujuknya. Ummu Salamah pernah mewasiatkan agar sekiranya beliau meninggal dunia, Sa'd bin Zaid akan memimpin Solat Jenazah ke atasnya. Namun, umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT, Sa'd bin Zaid sendiri lebih dahulu meninggal daripadanya. 

Pada suatu hari, Ummu Salamah mendengar khabar bahawa Husain dibunuh secara kejam di Karbala. Dia terlalu sedih sehingga jatuh pengsan mengenangkan nasib cucu Rasulullah SAW. Tidak lama kemudian, Ummu Salamah meninggal dunia pada umurnya 90 tahun dan diriwayatkan bahawa Abu Hurairah RA memimpin Solat Jenazah ke atasnya.

Tamat.

Oleh: Asim MHatta

Langgan Seerah Daily
https://t.me/seerahdaily

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?