Disebalik doa itu senjata

✏️Disebalik doa itu senjata.

Ketika saat wabak melanda, selain mematuhi perintah kerajaan, sebagai seorang Muslim,kita berdoa kepada Allah. 

Doa terkenal dengan sifatnya sebagai senjata Mukmin. 

Jika digambarkan sebagai senjata yang hebat, maka, pengendali senjata juga mestilah hebat. 

Bayangkan, keris yang tajam dan berbisa, dihayun oleh pendekar yang ulung, tangan yang kuat dengan penggerakan yang tangkas. Digunakan pada waktu yang tepat. 

Maka, keris itu sangat berkesan. 

Tetapi, jika keris yang sama digunakan oleh orang biasa, tangan yang cacat dan lemah, kesannya juga akan berkurang atau tiada langsung. 

Begitulah doa, 

Seorang Muslim, menadah tangan berdoa dilindungi dari wabak penyakit. 

Tetapi hatinya tiada keikhlasan, tiada keyakinan. 

Makanan dan minumannya dari sumber yang haram.

Lidah yang menyebut doa pula banyak cercaan dan makian. 

Akalnya penuh dengan kelalaian. 

Dirinya penuh dengan maksiat. 

Lalu dia berputus asa dan mengatakan Allah tidak mendengar doanya. 

Layak kah senjata doa ini berkesan melalui lisannya? 

Mari kita muhasabah dan banyakkan istighfar. 

Mohon ampun dari Allah. 

Barangkali, wabak ini turun kerana maksiat yang kita lakukan. 

Mafhum dari maksud kata - kata
Ibn al-Qayyim RH. 
Dari kitab
[Al-Daa' wa Al-Dawaa']

Sumber dari page kempen semak status hadis.

Mohd Nasyran
Utara Perak
2203H

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?