Berjimat ketika musibah
✏️Berjimat ketika musibah.
Waktu wabak atau musibah merupakan waktu susah dan sulit bagi setiap individu. Pelbagai masalah akan muncul memberi tekanan.
Ada yang sakit,hilang pekerjaan, tiada pendapatan, kelaparan, tekanan mental dan sebagainya.
Dan disebalik kesulitan ini, janganlah kita berterusan dengan cara hidup yang bersenang lenang.
Saat ini..
Kita pandanglah dengan mata hati kita, apa yang Allah telah tunjukkan kepada kita di dalam Al-Quran melalui Firman-Nya :
Yusuf ayat 47
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِى سُنۢبُلِهِۦٓ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ
Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan ditangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Yusuf ayat 48
ثُمَّ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari yang kamu simpan.
Yusuf ayat 49
ثُمَّ يَأْتِى مِنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ
Kemudian setelah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memerah anggur".
3 ayat ini adalah petunjuk, panduan, gaya hidup atau SOP ketika waktu susah.
Bermula dengan seruan berjimat cermat pada ayat 47. Nabi Yusuf AS memberi gambaran supaya bersedia dan berjimat cermat ketika waktu senang.
Dalam kata lain, waktu dapat bantuan kerajaan, bonus, gaji, kita jangan belanja melebihi kadar yang diperlukan.
Kita perlu bersedia untuk suatu keadaan susah yang kita tidak tahu bila akan selesai.
Pada ayat 48, Nabi Yusuf AS memberitahu bahawa waktu susah, simpanan inilah yang kita boleh gunakan. Tetapi jangan habiskan semua simpanan.
Dan pada ayat ke 49, ketika waktu kembali tenang dan senang, simpanan yang lebih dapat kita gunakan untuk mulakan hidup baharu.
Ketika itu, semua orang akan dapat menikmati hasil kesabaran.
Allah telah menunjukkan langkah terbaik buat kita saat susah.
Tinggal kita mahu memahami dan beramal dengannya.
Percayalah, Al-Quran adalah sebaik - baik petunjuk.
Ibrah Tulisan guru kami Ustaz Abdul Muiz.
Mohd Nasyran
Utara Perak
4.16pm
#Selamatkan_kami_ya_Allah
#Ampuni_Kami
Comments
Post a Comment