✏️Inspirasi Ulama Tanah Melayu: Sheikh al- Marbawi.

✏️Inspirasi Ulama Tanah Melayu: Sheikh al- Marbawi.

Antara punca bagaimana kamus al-Marbawi dan kitab  Bahrul Mazi menjadi sangat berkat adalah persekitaran dan dorongan kepada diri Sheikh Mohamed Idris.
...
Kamus al-Marbawi.

Beliau lahir di Mekah yang membolehkan persekitaran bahasa Arab wujud dalam dirinya. Beliau telah menghafaz 16 juzuk al-Quran, kitab al-Dam, Matan Al-Jurumiyyah dan sejumlah Hadis ketika usianya 10 tahun.

Beliau didorong oleh Sheikh Muhammad Yusuf bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali ketika memilih untuk belajar di Kelantan bagi tujuan mendalami bahasa Arab lalu menumpukan pengajian dalam subjek Nahu dan Sarf. 

Beliau telah mendalami bidang itu selama 4 tahun dan khatam beberapa kali kitab-kitab seperti Matan Al-Jurumiyyah, al-Mutammimah, Qatr al-Nada, Syudhur al-Dhahab. Selain itu kitab aras tinggi karya Ibnu Aqil dan Asymuni turut didalami dalam tempoh 4 tahun.
....
Mengapa beliau memilih belajar di Kelantan?

Beliau menyifatkan bahawa guru di pondok dan guru yang mengajar di Masjid Muhammadi memiliki ilmu pengetahuan yang setaraf dengan guru yang mengajar di Masjidil Haram, Mekah.
....
Bahrul Mazi

Ketika menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar Mesir, beliau berguru dengan Sheikh Muhammad Ibrahim al-Samaluti. Sheikh al-Samaluti adalah ulama hadis yang terkenal di Mesir dan memiliki sanad yang bersambung sehingga Imam al-Bukhari.

Dalam pengajian hadis, Sheikh al-Marbawi sangat teruja dengan al-Jami' al-Sahih Imam al-Tirmizi lalu mendalami kitab tersebut di bawah bimbingan gurunya Sheikh al-Samaluti.

Beliau menelaah al-Jami' al-Sahih sebanyak 7 kali, menterjemahkan dan mensyarahkan kitab tersebut selama 10 tahun. 

Sumber : Hussin, H., Majid, L. A., Abdullah, W. N. W. & Mohamad, S. (2021). Tafsir al-Marbawi: Quran bergantung makna Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Universiti Kebangsaan Malaysia. Kuala Lumpur. Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih