Solat Kaffarah Pada Jumaat Terakhir Ramadhan Menggantikan Solat Yang Ditinggalkan Seumur Hidup?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله
اللهم صل على محمد
وبعد.
Saya telah ditanya beberapa orang tentang hadis yang tersebar di dalam tiktok, bahkan ia sangat tular sehingga ramai orang berkongsi tentangnya.
Begitu juga rakan-rakan saya. Saya sangat khuatir tentangnya. Ia berkenaan solat Kaffarah pada Jumaat Terakhir Ramadan yang dapat menggantikan Solat yang ditinggalkan tetapi tidak diketahui bilangan rakaatnya.
PERHATIAN!!!!!!!!!!
Hadis ini Palsu dan batil. Tidak boleh diamalkan bahkan ia haram diamalkan kerana ia melanggar syariat.
Petikan hadis dibawakan seperti di bawah.
.....
Solat Kaffarah Pada Jumaat Terakhir Ramadhan Menggantikan Solat Yang Ditinggalkan Seumur Hidup?
Telah tersebarnya perkataan yang dikatakan hadith berkenaan solat kaffarah yang mana menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن فَاتَتْهُ صَلَاة فِي عُمْرِهِ وَلَمْ يحصَهَا فَلْيَقُمْ فِي آخِر جُمعَة مِن رَمَضَانَ وَلْيصل أَرْبَعَ رَكَعَات بِتَشهد وَاحِد، يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةِ فَاتِحَة الْكِتَاب، وَسُورَة الْقَدْر خَمْسَ عَشَرَة مَرَّة، وَسُورَةُ الْكَوْثَر كَذَلِكَ
Maksudnya: “Sesiapa yang pernah meninggalkan solat dalam hidupnya tetapi tidak dapat menghitung jumlahnya, maka dirikanlah solat pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan dan solatlah sebanyak 4 rakaat dengan 1 kali tasyahud, dan membaca pada setiap rakaat 1 kali surah al-Fatihah, kemudian surah al-Qadr sebanyak 15 kali dan surat al-Kauthar juga begitu (15 kali).”
Begitu juga dikatakan bahawa terdapat riwayat daripada Abu Bakar R.A menyatakan:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُول: “هَذِهِ الصَّلَاة كَفَّارَةُ أَرْبَعَمِائَة سَنَة حَتَّى قَالَ عَلِى كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ هِيَ كَفَّارَة أَلْف سَنَة. قَالُوا يَا رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم ابْن آدَم يَعِيش سِتِّينَ سَنَة أَوْ مِائَةُ سَنَة فَلِمَن تَكُون الصَّلاة الزَّائِدَة، قَالَ: تَكُون لِأَبَوَيْهِ وَزَوْجَتِهِ وَلِأَوَلَادِهِ فَأقَارِبه وَأَهْلُ الْبَلَد.
Maksudnya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Solat tersebut sebagai kaffarah (pengganti) solat 400 tahun. Dan menurut Ali bin Abi Talib, solat tersebut sebagai kaffarah 1000 tahun. Maka para sahabat bertanya: “Umur manusia itu hanya 60 tahun atau 100 tahun, lalu untuk siapa kelebihannya?”. Rasulullah SAW menjawab: “Untuk kedua ibu bapanya, untuk isterinya, untuk anak-anaknya dan untuk kaum kerabatnya serta orang-orang dalam lingkungannya.”
Rujukan :
Irsyad Hadis - JAKIM.
Irsyad Hadis - Maktabah al-Bakri.
Irsyad Hadis - Abu Anas Al-Madani.
Syeikh Abdul Hayy al-Laknawi dalam al-Athar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah.
Al-Imam Mulla Ali al-Qari di dalam Maudhu’aat Kubra dan Sughra.
Imam al-Syaukani di dalam al-Fawaid al-Majmu’ah.
.....
Hadis ini telah dibahaskan, ia diamalkan oleh kumpulan Syiah yang sesat. Menyebarkannya suatu kesesatan.
Hadis ini adalah Palsu. Para ulama Hadis menyatakan ia adalah pendustaan atas nama Rasulullah SAW.
Berhenti kongsi dan berhenti menyebarkannya.
الله اعلم
Comments
Post a Comment