Anxiety
✏️Anxiety.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
اما بعد
Apabila kita terlalu stress, terlalu takut, terlalu risau atau semua kerja kita nak siapkan serentak (multi-tasking), kita terdedah kepada satu penyakit psikologi yang bergelar Anxiety.
Ia adalah kegelisahan atau kerisauan melampau kerana ingin segera menyelesaikan satu perkara tetapi hakikatnya luar kemampuan.
Hal ini boleh kelihatan pada tingkah-laku diri kita seperti mengejar masa, terburu-buru, tergesa-gesa, terlalu banyak bertanya, terlalu banyak mencari maklumat dan terlalu melindungi diri.
Rasulullah SAW bersabda
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْعَجَلَةُ مِنَ الشَّيْطَانِ
Dari sahabat Sahl bin Sa’ad radhiyallahu ‘anhuma, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya sikap tergesa-gesa itu dari syaitan." HR Imam at-Tirmizi.
Ia bermaksud sikap tergesa-gesa membawa keburukan sebagaimana syaitan membawa manusia ke tempat yang paling buruk iaitu neraka.
Oleh itu, kembalilah ke jalan asal, cari punca masalah dah selesaikan dengan teratur. Kemudian bertawakkal kepda Allah. Kerana Allah sebaik baik tempat berlindung dan berharap.
Rujukan :
Page info sihat KKM.
Irsyad al-Hadis JMWPKL
Mausu'ah Ahadis
الله اعلم.
Comments
Post a Comment