MENU SIHAT DAN LAZAT

Anggapan orang, Masakan sihat biasa tidak menarik dan enak kerana kurang rasa dan perisa...

Pernah tak anda semua rasa nak makan makanan sihat tetapi sedap?

Disini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya belajar dari pembelajaran saya sewaktu di kolej...

saya gabungkan rasa dan teknik memasak supaya makanan sihat dapat dimakan dengan keenakannya yang tersendiri...

Nasi Ayam Sihat Ala Hainan


Bahan - Bahan Utama:

1. Seekor Ayam (Jangan Dipotong)
2. Sebiji Timun Jepun (Japanesse cucumber)
3. Kicap Cair (Light Soy Sauce)
4. Minyak Bijan (Sesame Oil)
5. Daun Bawang (Green Onion)
6. Beras (ikut bilangan hidangan) 
7. Sedikit Mentega/ Butter
8. Sedikit Garam.



Cara Masakan :

1. Sediakan air dalam satu periuk yang boleh memuatkan seekor ayam dan didihkan air tersebut sehingga mendidih.

2. Apabila air telah mendidih, tutup api dan masukkan ayam (tanpa dipotong) selama 5 minit serta jangan lupa untuk tutup periuk tadi.

3. Keluarkan semula seekor ayam tadi dan nyalakan api untuk didihkan semula air. masukkan semula ayam selama 5 minit. (Ulang langkah 2 dan 3 selama 45 Minit hingga 1 Jam) sehingga ayam betul2 masak.

4. Untuk Memastikan ayam betul2 masak, cucuk bahagian peha atau kepak dengan lidi benda tajam. Jika ada darah yang keluar bermakna ayam belum masak.Ulang langkah 2 dan 3 untuk 10 minit lagi.

5. Apabila ayam  telah cukup masak keluarkan ayam dan rehatkan ayam diatas talam sehingga suam.(jangan buang air rebusan ayam)

6. Sementara itu, Basuh beras ikut keperluan hidangan dan keringkan beras.

7. Potong Timun jepun secara serong memanjang dan susun diatas pinggan.

8. Ambil semula ayam dan buang tulang menggunakan tangan. Ayam yang cukup masak mudah untuk dibuang tulangnya kerana isinya cukup lembut. Tulang ayam tadi jangan dibuang tetapi direbus semula bersama air rebusan ayam tadi selama 15 Minit.

9. Sementara itu, potong bahagian ayam dengan menghiris daging ayam tersebut dan susun diatas timun jepun tadi.

10. Masukkan beras dalam periuk nasi dan gunakan air rebusan ayam yang telah cukup mendidih tadi sebagai air untuk memasak nasi. Sukatannya sama seperti air biasa iaitu nisbah 1 nasi : 2 air.

11. Sementara menuggu nasi masak, sediakan 15 sudu kicap cair dan 9 titik minyak bijan dkacau bersama dan siram di atas ayam untuk menjadi bahan penaik rasa pada ayam.

12. Apabila nasi telah masak, rehatkan nasi sekejap kemudian gaulkan dengan mentega dan garam secukup rasa.

13. Hidangkan nasi dan ayam bersama panas2 untuk nikmat yang maksimum..

p/s gunakan beras basmathi untuk kurangkan kalori.


Jika Perlu Sos cili :

1. 5 tangkai cili merah hidup

2. Seulas bawang putih

3. Sebiji bawang besar

4. 5 Biji limau kasturi

5. Sesudu cuka

6. Garam dan gula secukup rasa

Cara - cara :

1. Kisarkan semua bahan di atas bersama.

2. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba....

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?