Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?
✏️Mudahnya beribadah atau bermudah-mudah?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد ،
Adakalanya kita melihat orang gemar beribadah, sehingga berlebihan serta melampau dalam hal sunat. Lantas meninggalkan perbuatan yang lebih utama.
Tidak ketinggalan, orang yang ingin beribadah, tetapi gemar mengambil jalan mudah hingga menjadi malas dan lesu. Lantas meninggalkan segala syarat yang menjadi dokongan kepada terhasilnya pahala ibadah.
Ini merupakan sikap melampaui batas yang dibenci Allah SWT. Terlalu ekstrim sehingga agama Islam mendapat fitnah. Terlalu longgar hingga agama Islam mendapat fitnah juga.
Alasannya apa? Agama itu mudah, jangan menyusahkan. Mafhum hadis Nabi SAW.
Hakikat sebenar Hadis ini adalah mudahkan cara beramal. Bukan bermudah-mudah untuk mengeluarkan hukum untuk beramal.
Satu kaedah yang dibawakan oleh ahli Hadis adalah :
يَجِبُ تَفْسِيْرُ الدَّلِيْلِ وَفَهْمُهُ بِاعْتِدَالِ مِنْ غَيْرِ إِفْرَاطٍ وَلَا تَفْرِيْطٍ
Maksudnya: “Perlu menafsir dalil dan memahaminya dengan cara sederhana tanpa melampau dan tidak pula terlalu longgar”. Taudhih Usul al-Fiqh, 61.
...
Maka dalam soal Ibadah ada kaedah usul yang mengeluarkan hukum agar cukup syarat sah dan menghindari syarat batal ibadah serta menghadirkan sebab terhasilnya pahala kerana ibadah itu sah dan tidak batal.
Sekiranya ada banyak pandangan ahli agama, yang boleh diikuti adalah yang paling kuat dalilnya.
Sekiranya tidak mampu menilai, maka ikut pandangan majoriti ulama muktabar.
Sekiranya tidak mampu menilai pandangan ulama muktabar, maka ikut pandangan pemerintah iaitu Mufti atau Jawatankuasa Fatwa setempat yang menuruti aliran ahlu sunnah wal jamaah dan ini yang paling baik.
Jauhi pandangan sendiri atau pandangan Syaz (ganjil/pelik/asing/terpencil) kerana terdapat pandangan yang lebih utama untuk diikuti.
Jika wujud kumpulan yang gemar mengeluarkan pandangan pelik, jauhi mereka kerana itu adalah sikap melampau dalam beragama.
الله اعلم.
Comments
Post a Comment