Masalah Rumahtangga : Punca dan penyelesaian

بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله رب العالمين
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 أما بعد ،

Masalah rumahtangga – Tekanan Hidup Berkeluarga.

Punca :
1. Halangan Komunikasi – Suami atau Isteri tidak memahami mesej sebenar yang disampaikan oleh pasangan.

2. Hubungan Seksual – tidak berkeinginan, lemah tenaga batin, layanan dingin, tidak mahu berhubungan kerana penyakit atau tidak suka kepada pasangan.

3. Perbezaan sahsiah – berbeza pekerjaan, keturunan, Pendidikan.

4. Pengabaian tanggungjawab – suami tidak memberi nafkah sewajarnya dan terpaksa ditampung oleh isteri. Isteri dingin terhadap suami dan tidak memberi layanan sewajarnya kepada suami.

5. Akhlak dan tingkah laku buruk – malas, panas baran dan suka berhutang.

6. Karenah Anak-anak – anak suka meragam dan tidak mendengar arahan ibu bapa.

7. Gangguan keluarga sendiri atau mentua – suka campur tangan, mengkritik, memandang rendah, membebankan anak atau menantu.

Cara menangani masalah :
1. Menganalisis diri, bermuhasabah untuk mengenali kelemahan diri, dan memperbaiki diri. Bukan menganalisis pasangan dan menyalahkan pasangan.

2. Mengenal pasti punca tekanan.

3. Mengawal emosi secara matang dan bijaksana.

4. Akur dengan kelemahan diri dan minta bantuan orang lain.

5. Mengurus masa dan wang dengan bijak. Sesuai dengan kemampuan diri.

6. Amalkan cara hidup keluarga Rasulullah SAW. Tidak meninggalkan kefarduan agama seperti sembahyang, puasa dan zakat. Mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat. Bersenam dan berzikir untuk melepaskan tekanan.

7. Tingkatkan kemampuan diri dengan menghadiri pengajian agama, kelas kemahiran dan pembelajaran Pengurusan supaya kelemahan diri dapat di atasi.

8. Berkongsi masalah dengan orang yang betul.

9. Mendapatkan nasihat dan rawatan jika sakit atau mengalami masalah emosi.

Gerbang Rumahtangga, JAKIM, 2008.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?