Fiqh berlembut dengan orang kafir.
Kita dibolehkan memberi perhatian dan melayani kepada orang jahat atau otang kafir, baghkan boleh bermanis muka, senyum kepada mereka.
Rasulullah SAW bersabda : "Berlembut dengan manusia (iaitu pandai mengambil hati, meraikan keadaan mereka, menolak hasrat mereka dengan baik atau lembut) ialah sedekah."
Riwayat Ibn Hibban.
Ulama membahaskan hal ini lalu membahagikan perkara ini keada dua bahagian:
1. Mudarah (مدارة)
Adalah Sunat dilakukan. Iaitu berlembut demi kemaslahatan agama atau bertujuan dakwah seperti menjinakkan hati orang kepada agama, menyelamatkan diti dan ummah daripada kejahatan dan sebagainya.
2. Mudahanah (مداهنة)
Adalah Haram dilakukan. Iaitu berlembut dengan orang kafir atau orang jahat kerana kepentingan duniawi sehingga sanggup mengenepikan agama dan syariat.
Misalnya : bergaul dengan orang kafir sehingga menzahirkan keredaan terhadap pegangan mereka.
Al-Mawahib Al-Ladunniyyah.
Majalah Al-Ustaz No. 73 m/s 103, X-plorasi Cinta Nabi oleh Wanza Mohamad.
Comments
Post a Comment