Dosa Besar ke 10 : Membatalkan puasa bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran dan Rukhsah


Sebagaimana yang kita maklumi, bulan Ramadan adalah 1 bulan yang Allah wajibkan kepada umat Islam untuk berpuasa.

Kewajipan ini merupakan perintah yang apabila meninggalkannya, akan mendapat dosa.

Bagi sesetengah orang, meninggalkan puasa wajib di bulan Ramadan adalah dosa. Tetapi tanpa disedari, ia merupakan dosa besar di sisi Allah.

Bagi yang menganggap ia sekadar dosa, dia hanya akan mengganti puasa sahaja, tanpa ada rasa sesalan dan tidak ada rasa ingin bertaubat nasuha.

Sedangkan, ia adalah dosa yang memerlukan taubat nasuha untuk membersihkan dosa tersebut.
Rasulullah SAW bersabda

"Sesiapa yang membatalkan puasa dalam bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran atau rukhsah, puasa setahun penuh (yang dikerjakan) tetap tidak mampu menggantikannya walaupun dia melakukannya"

Riwayat Imam At Tirmizi dan Abu Daud, daripada Abu Hurairah.

Namun, hadis ini tidak sahih (daif).

Baginda bersabda lagi,

"Solat lima waktu, hari Jumaat sehingga hari Jumaat seterusnya, serta Ramadan sehingga Ramadan seterusnya, adalah penghapus dosa yang dilakukan di antaranya, selagi tidak dilakukan dosa-dosa besar"

Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah.

Hadis Sahih.

Sabda baginda Rasulullah SAW juga

" Islam terbina atas lima perkara; 

1. Penyaksian bahawa tiada tuhan(yang berhak disembah) selain Allah dan Muhammad ialah utusan Allah, 

2.  mendirikan solat, 

3.  menunaikan zakat, 

4.  berpuasa pada bulan Ramadan, dan 

5. Haji di Baitullah."

Mutafaqun  Alaih, daripada Ibn Umar.

Hadis Sahih..

Puasa di bulan Ramadan adalah sebahagian binaan Islam. Meninggalkan puasa bermakna meruntuhkan Islam, dan ia adalah kekufuran. Kufur itu dosa besar yang memerlukan taubat.

Daripada Ibnu Abbas RA katanya ;

"Asas bagi Islam dan pasak agama ada 3 perkara ;

1. Penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah, 

2. Solat, 

3. Puasa pada bulan Ramadan. Sesiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya, maka dia menjadi kafir."

Kata Ibnu Abbas,

"kami mendapati ada orang yang memiliki harta yang banyak, tetapi tidak menunaikan haji dan tidak berzakat, namun darahnya tidak menjadi halal (tidak sampai dibunuh)."

Riwayat Abu Ya'la Al-Musili, daripada Ibnu Abbas.

Menurut Hammad (salah seorang perawi) hadia ini bertaraf marfu' iaitu hadis ini disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW lagi ;

"sesiapa yang tidak meninggalkan ucapan dusta, beramal dengannya serta kejahilan (perlakuan maksiat oleh orang jahil) maka, Allah tidak berhajat kepada perbuatannya yang meninggalkan makan dan minumnya (puasa)"

HR Imam Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.

Hadis ini sahih

Rasulullah SAW bersabda

" Malang bagi orang yang sempat melalui bulan Ramadan tetapi dia tidak diampunkan"
Riwayat Imam At Tirmizi, daripada Abu Hurairah."

Kata pengarang, menjadi suatu kesepakatan di sisi Ulama, bahawa sesiapa yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang penyakit atau sebarang sebab, maka dia lebih teruk daripada penzina, pengutip cukai dan penagih arak.

Para ulama meragui keislaman orang yang meninggalkan puasa.

Perbuatan tersebut termasuk daripada zindik dan terkeluar daripada Islam.

Inilah pesanan Rasulullah SAW. Beratnya dosa meninggalkan puasa tanpa uzur atau Rukhsah.
Kita berdoa kita tidak termasuk di dalam orang yang seperti ini.

Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?