Jika PAS dan UMNO bergabung.

Assalamualaikum sy nak tanya.
Ada soalan dri sorg bisnesman ni.

“Pas gabung dgn umno ni, kalau menang nnti, boleh x ttup genting dgn kilang arak? Klu bleh sy undi. Klu xboleh , sama je dgn skrg. Baik kekalkan skrg”

Apa sy nak jawab? Help

Jawapan

بسم الله الرحمن الرحيم،

Ambil pengajaran dari kisah salaf ini.

Ketika khalifah Umar Abdul Aziz mula mentadbir negara Islam, antara perkara pertama yang beliau lakukan adalah menutup semua pusat pemprosesan arak.

Kemudian di tanya oleh menterinya, "adakah semua pusat proses?"

Jawab beliau, "tidak, hanya pusat proses muslim sahaja."

Dan kemudian, Khalifah menguatkuasakan perintah supaya orang kafir yang minum arak dilarang untuk minum secara terang-terangan di khalayak ramai atau di kawasan orang Islam.

Perbuatan itu perlu secara sembunyi sahaja.

Ibrah :

Mengapa Khalifah Umar Abdul Aziz tidak menutup semua pusat proses arak? Sedangkan dia khalifah yang berkuasa mutlak?

Kerana, jika beliau lakukan demikian, orang akan lihat Islam menzalimi orang kafir, bukan Khalifah yang menzalimi rakyatnya.

Oleh itu, tindakan yang dicadangkan oleh orang yang bertanya soalan boleh kah di tutup kilang arak dan genting jika pas dan UmNo bekerjasama?

Jawapannya ada di situ..

Bagi orang yang mahu berfikir...

الله اعلم..

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?