Dosa Besar Kedua : Membunuh Manusia
Dosa Besar Kedua : Membunuh Manusia.
Firman Allah swt
An-Nisa' ayat 93
وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُۥ جَهَنَّمُ خٰلِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُۥ وَأَعَدَّ لَهُۥ عَذَابًا عَظِيمًا
Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.
Ayat di atas berkenaan balasan membunuh orang Islam.
Allah sangat murka kepada pembunuh tersebut
Allah melaknat pembunuhnya.
Firman Allah lagi..
Al-Furqan ayat 68
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya),
Membunuh di dalam Islam adalah dosa besar.
Tetapi Islam membenarkan pembunuhan berlaku dengan alasan yang benar.
Apakah alasan itu?
1. Murtad - pesalah murtad perlu dibunuh selepas diberi peluang untuk bertaubat. Jika enggan hukuman bunuh akan dilaksanakan.
2. Bunuh balas iaitu hukuman qisas.
3. Berperang menjatuhkan kezaliman yang menentang Islam. (ini bagi negara Islam yang kuat dan berdaulat)
Al-Furqan ayat 69
يُضٰعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِۦ مُهَانًا
(yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina,
Selain daripada alasan di atas, membunuh adalah haram dan dikenakan hukuman di dunia (qisas) dan azab yang besar di akhirat.
Azabnya bukan sama banyak mcm hukum bunuh balas bunuh, tetapi azabnya lebih berat dan dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT..
Ia sebagaimana dinyatakan di dalam ayat 69 surah al furqan
Al-Furqan ayat 70
إِلَّا مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صٰلِحًا فَأُولٰٓئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنٰتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal saleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Namun, jika kita rasa bersalah, dan ingin menebus salah kita.
Allah SWT penuh dengan rasa kasih dan sayang kepada HambaNya..
Dia menjanjikan kebaikan kepada orang yang melakukan taubat, beriman kepada Allah dan melakukan segala amal soleh.
Dosanya ini akan diampunkan oleh Allah..
Ini hanya antara Allah..
Tetapi, dengan mangsa, perlu ditebus dengan 2 cara.
1. Qisas iaitu bunuh balas oleh ahli keluarga (bagi pembunuhan muslim dengan muslim)
2. Jika keluarga memaafkan, pembunuh perlu membayar diat sebanyak nilai 100 ekor unta kepada keluarga mangsa.
Nilaian 100 ekor unta bersamaan anggaran rm500,000 - rm800,000.
Ini adalah keadilan Islam kepada manusia
Berkenaan Dosa membunuh..
Rasulullah SAW pernah bersabda ketika di tanya berkenaan dosa yang paling besar.
"kamu menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan Dia menciptakan kamu" sahabat nertanya lagi "kemudian apa". Baginda menjawab, kamu membunuh anak kamu kerana takut dia akan makan bersama kamu (menjadi miskin kerana anak tersebut). Baginda ditanya lagi, "kemudian apa?" bagimda bersabda "kamu berzina dengan isteri jiran kamu"
HR Imam Bukhari, daripada Ibnu Mas'ud.
Hadis lain berkenaan pembunuhan..
Baginda SAW bersabda :
Apabila dua orang muslim bertemu dengan menghunus pedang masing - masing (bertujuan membunuh), maka si pembunuh dan orang yang dibunuh berada di dalam neraka." orang bertanya" wahai Rasulullah SAW, neraka ini memang untuk si pembunuh, tetapi apa keadaan orang yang dibunuh (apabila turut dimasukkan ke dalam neraka). Baginda menjawab "sesungguhnya (orang yang dibunuh) sangat berkeinginan untuk membunuh kawannya itu.
HR Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Bakrah.
Hadis ini menceritakan tentang dosa yang besar.
Antara dosa tersebut ialah membunuh anak kerana takut miskin.
Anak2 dianugerahkan oleh Allah. Dan rezekinya ditentukan oleh Allah.
Bukan usaha ibu bapanya.
Ada diantara ibubapa yang tidak sanggup menjaga anak kerana takut miskin, maka dibunuh anak tersebut.
Sifat orang jahiliyyah dahulu..
Ini adalah satu perbuatan dosa yang besar kerana melakukan pembunuhan tampa alasan yang benar
Begitu juga dengan hadis ini.
Pembunuh dan Mangsa.
Kedua2nya di dalam neraka.
Kerana masing2 dengan niat untuk membunuh.
Dosa membunuh ini adalah berat kerana ia melanggar hak Allah dan melanggar hak Manusia.
Kita tiada hak untuk membunuh sesuka hati.
Melainkan dengan alasan yang benar seperti yang dinyatakan di awal tadi.
Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment