Dosa besar ke 20 : Berbuat Zalim Dengan Mengambil Harta Orang Lain Secara Batil.

  Dalam tajuk yang lepas , dinyatakan tentang bahagian zalim yang terdiri daripada 3 bahagian.

Salah satu bahagian tersebut adalah memakan harta secara batil.

Dan tajuk kali ini bersangkutan dengan kezaliman tersebut. 

Harta merupakan hak milik mutlak Allah SWT.

Tiada yang memiliki hak harta ini melainkan Allah SWT.

Dengan sifat Rahman Allah SWT, Dia yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki dalam bentuk harta kepada HambaNya.

Tidak kira Islam ataupun bukan.

Allah memberi nikmatNya yang luas kepada sesiapa pun yang dikehendakinya. 

Harta yang diberi oleh Allah kepada manusia ini merupakan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, dan juga bergantung kepada usaha hambaNya itu.

Oleh itu, Islam telah menetapkan garis panduan di dalam agama untuk dipatuhi.

Hukum-hakam Islam yang dikenali sebagai hukum Feqah ini, akan menentukan Halal dan Haram sesuatu perkara.

Bertujuan menjaga 5 perkara utama iaitu :

1. Agama.

2. Nyawa.

3. Akal.

4. Harta.

5. Keturunan.

Harta adalah salah satu perkara yang dijaga oleh Islam.

Oleh kerana itu, memakan harta secara batil adalah Haram, dan termasuk di dalam dosa yang besar.

Dosa ini melibatkan hubungan beberapa pihak.

Iaitu :

Dosa dengan Allah.

Dosa dengan Makhluk.

Mengambil harta dengan jalan batil ini juga adalah salah menurut hukum manusia sendiri.

Dan seharusnya manusia itu sedar akan perkara ini.

Kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir bagi membezakan yang mana benar, dan yang mana salah. 

Firman Allah SWT

Al-Baqarah ayat 188

وَلَا تَأْكُلُوٓا أَمْوٰلَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبٰطِلِ وَتُدْلُوا بِهَآ إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوٰلِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.

Ayat ini merupakan teguran dan peringatan daripada Allah SWT terhadap manusia supaya jangan mengambil harta dengan jalan yang salah.

Memberi rasuah kepada hakim, atau pengadil bagi tujuan mendapat harta yang bukan milik kita.

Padahal, dalam hati kita tahu tentang kejahatan ini, tetapi, kerana ingin mengaut harta itu, kita 
membayar supaya segala harta menjadi milik kita.

Firman Allah SWT lagi

Ash-Syura ayat 42

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِى الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولٰٓئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.

Amaran daripada Allah, bagi orang yang berbuat kezaliman, apa jua kezaliman termasuk mengambil harta cara batil ini.

Akan menerima azab yang pedih.

Firman Allah SWT

Ash-Syura ayat 8

وَلَوْ شَآءَ اللَّهُ لَجَعَلَهُمْ أُمَّةً وٰحِدَةً وَلٰكِنْ يُدْخِلُ مَنْ يَشَآءُ فِى رَحْمَتِهِۦ ۚ وَالظّٰلِمُونَ مَا لَهُمْ مِّنْ وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ
Dan kalau Allah menghendaki niscaya Allah menjadikan mereka satu umat (saja), tetapi Dia memasukkan orang-orang yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan orang-orang yang zalim tidak ada bagi mereka seorang pelindungpun dan tidak pula seorang penolong.

pada hujung ayat ini dinyatakan bahawa, orang yang zalim itu,

Tiada pelindung (Tuhan) , atau penolong (Rasul) .

Siapa yang nak lindung orang Jahat?

Siapa yang nak tolong orang jahat?

Pasti tiada bukan?

Maka, bersendirianlah dia dengan kezaliman yang telah dia lakukan.

Jalan yang dia sendiri pilih untuk hidupnya.

Rasulullah SAW bersabda,

"Kezaliman adalah kegelapan demi kegelapan pada hari kiamat."

HR Al Bukhari dan Muslim, daripada Abdullah Ibnu Umar

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesiapa yang mengambil sesuatu secara zalim walau sejengkal tanah, akan disediakan baginya belenggu di leher sebesar hingga tujuh lapisan bumi pada hari kiamat."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Sa'id bin Zaid bin 'Amru bin Nufail.

Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa,

"Catatan amalan yang tidak akan dibiarkan (dihapuskan) oleh Allah ialah kezaliman kepada orang lain."

Riwayat Ahmad, daripada Aisyah.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Penangguhan hutang oleh orang kaya merupakan suatu kezaliman."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.

Kata pengarang kitab,

"Antara sebesar-besar bentuk kezaliman ialah sumpah palsu demi mendapatkan suatu kepentingan"

Di zaman kita, manusia sewenang-wenang nya bersumpah dengan nama Allah, demi mendapatkan pelbagai kepentingan.

Moga Allah lindungi kita dari melakukan dosa..

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang mengambil hak saudara Muslimnya untuk bahagian dirinya dengan Sumpah palsu, maka, Allah mewajibkan neraka ke atasnya."

Seseorang bertanya,

 "Wahai Rasulullah, waaupun nilainya sedikit?".

Baginda menjawab,

 "Walaupun nilainya sama seperti sebatang kayu Arak (kayu yang digunakan untuk bersiwak)."

Riwayat Muslim, daripada Abu Umamah.

Dalam hal pekerjaan juga di ambil kira tentang harta (gaji/upah)

Sabda Rasulullah SAW

"Sesiapa yang meminta kami melakukan pekerjaan, lalu menyembunyikan sesuatu daripada kami walau sebesar jarum atau lebih dari itu, Maka, perbuatan tersebut dikira sebagai khianat yang akan dibawanya pada hari kiamat."

Riwayat Muslim, daripada Adiyy bin 'Amirah Al-Kindi

Sabda baginda lagi dalam penyelewengan harta,

" Sesungguhnya kain sarung yang diselewengkan seseorang akan menyalakan api pada pelakunya. "

Tiba - tiba, ada seorang lelaki berdiri dan datang dengan membawa tali kasut yang diambilnya sebelum dibahagikan.

Lalu baginda bersabda,

" Tali kasut itu dari neraka (jika tidak dipulangkan) "

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Sesungguhnya mereka menggunakan harta Allah tanpa hak (secara batil), maka nerakalah bagi mereka pada hari kiamat nanti. "

Riwayat Al-Bukhari, daripada Khaulah Al-Ansariyyah.

Abdul Wahid bin Ziyad meriwayatkan daripada Aslam Al-Kufi, daripada Murrah Al-Hamazani, 
daripada Zaid bin Arqam, daripada Abu Bkar, daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Tidak masuk syurga daging yang tumbuh membesar daripada sumber haram."

Riwayat Abu Ya'la al-Musili.

Kata pengarang kitab,

Termasuk juga dalam kategori ini (makan dari sumber yang haram iaitu mengambil harta secara batil):

1. Pemungut cukai.

2. Perompak.

3. Pencuri.

4. Orang yang tidak mempunyai kerja tetapi mampu bekerja.(hal ini membawa kepada sifat meminta - minta atau kejahatan lain seperti mencuri)

5. Pengkhianat.

6. Penipu.

7. Orang yang meminjam sesuatu tetapi tidak mengaku.

8. Orang yang mengurangi timbangan dan sukatan.

9. Orang yang mengutip harta yang tercicir tanpa mengiklankannya.

10. Orang yang menjual sesuatu yang mempunyai aib namun merahsiakannya.

11. Orang yang berjudi.

12. Orang yang memberitahu kepada pembeli tentang kenaikan harga sesuatu barangan. (orang yang diupah oleh penjual untuk sengaja memanipulasi harga supaya penjual mendapat manfaat)

Kitab Dosa-dosa besar, terjemahan Al-Kabair, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?