Dosa Besar ke 5 : Tidak Bayar Zakat

Bab ke 5 dalam kitab dosa besar iaitu tidak menunaikan zakat

Zakat terbahagi kepada 2 iaitu

Zakat wajib dan zakat sunnah..

Zakat sunnah kita kenali sebagai sedekah..

Manakala zakat wajib pula terbahagi kepada pelbagai bentuk contoh :

1. Fitrah
2. Simpanan
3. Harta
4. Emas
5. Perak
6. Ternakan
7. Tanaman

Cuma zakat pendapatan terdapat khilaf dari para ulama atas perbahasan yang panjang..
Namun, malam ini kita bicara dosa tidak membayar zakat yang wajib

Firman Allah SWT

Fussilat ayat 6

قُلْ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحٰىٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلٰهُكُمْ إِلٰهٌ وٰحِدٌ فَاسْتَقِيمُوٓا إِلَيْهِ وَاسْتَغْفِرُوهُ ۗ وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ

Katakanlah: "Bahwasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahwasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan mohonlah ampun kepada-Nya. Dan kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya,

Dalam ayat ini menyatakan tentang

Diri Rasulullah SAW yang diutuskan dari kalangan manusia seperti kita.

Bertujuan menyatakan keEsaan Allah serta mengajarkan kepada manusia jalan kebenaran.

Juga menegaskan tentang kepentingan Istighfar kepada Allah.

Allah mencela orang yang mempersekutukan diri Nya..

Siapa yang mempersekutukan Allah itu?

Fussilat ayat 7

الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكٰوةَ وَهُمْ بِالْءَاخِرَةِ هُمْ كٰفِرُونَ
(yaitu) orang-orang yang tidak menunaikan zakat dan mereka kafir akan adanya (kehidupan) akhirat.

Allah sambung pada ayat seterusnya..

Orang yang mempersekutukan Allah ialah orang yang tidak membayar zakat

Dan orang yang tidak percaya kepada hari kiamat..

Lihat betapa besarnya dosa tidak membayar zakat.

Sehingga Allah menyamakan dosa itu dengan dosa mempersekutukan Allah..

Kenapa sekutu? Ada berhala ke? Ada tuhan lain ke?

Kerana orang yang tidak membayar zakat adalah orang yang engkar kepada Allah.

Orang ini kufur kerana keengkarannya dalam mentaati Allah.

Kerana mencintai hartanya melebihi Allah.

Bertuhankan harta, wang ringgit seakan - akan menyembahnya..

Merasakan seolah - olah hidup ini tidak akan dapat dilalui tanpa harta..

Kerana itulah ia dianggap sebagai mempersekutukan Allah.

Firman Allah lagi..

At-Taubah ayat 34

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الْأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوٰلَ النَّاسِ بِالْبٰطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۗ وَالَّذِينَ يَكْنِزُونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلَا يُنْفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih,

Dahulu, pendeta yahudi dan nasrani suka memakan harta kaum mereka dgn cara yang jahat..

Mereka seleweng harta masyarakat untuk kepentingan diri..

Juga terdapat masyarakat yang menyimpan emas (dinar) dan perak (dirham) tanpa menafkahkan ke jalan Allah iaitu zakat..

Allah sedia azab seksa yang pedih untuk orang2 seperti ini

Bagaimana seksa yang teruk sangat tu.?

Firman Allah SWT 

At-Taubah ayat 35

يَوْمَ يُحْمٰى عَلَيْهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ فَتُكْوٰى بِهَا جِبَاهُهُمْ وَجُنُوبُهُمْ وَظُهُورُهُمْ ۖ هٰذَا مَا كَنَزْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ فَذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْنِزُونَ

"pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: "Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu".

Bayangkan, emas dan perak tu di panaskan dengan api neraka.

Kena tekap dekat dahi, perut dan punggung..

Sambil malaikat kata.. Ni harta yang korang simpan sangat tu..

Rasulullah SAW bersabda

Dalam sebuah hadis yang panjang..

Berkaitan seksa orang yang tidak keluarkan zakat

"Tidak ada seorang pemilik unta, lembu dan kambing yang tidak menunaikan zakat, melainkan haiwan itu akan dicampakkan ke mukanya di satu daratan yang luas dan rata pada hari kiamat. Haiwan itu akan menanduknya dengan tanduknya dan memijaknya dengan kaki. Setiap kali haiwan terakhir uang dimilikinya selesai melakukan sedemikian, haiwan pertama akan kembali semula (dan mengulangi) sehingga hukuman sesama manusia dijalankan pada suatu hari yang kadarnya  sama seperti 50 ribu tahun. Kemudian dia akan melihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka.

Tidak ada seorang pemilik harta yang banyak, akan tetapi tidak menunaikan zakat, melainkan hartanya akan datang kepadanya dalam bentuk seekor ular botak (yang sangat berbisa) yang mengikutinya sambil membuka mulut. Apabila ular tersebut datang kepadanya, dia melarikan diri. Ular itu menyeru kepadanya. "Ambillah hartamu yang banyak yang telah kamu simpan. Sesungguhnya aku tidak memerlukannya. Apabila dia melihatvdirinya tidak dapat melarikan diri dari ular itu, dia memasukkan tangan ke dalam mulut ular, ular itu menggigit tangannya menggunakan hujung gigi ibarat kambing jantan yang sedang menggigit makanan."

HR Muslim daripada Jabir bin Abdullah

Abu bakar as siddiq telah memerangi orang yang tidak menunaikan zakat sambil berkata

"Demi Allah, jika mereka menghalangku daripada mengambil zakat (walaupun) daripada anak kambing kecil yang dahulunya mereka berikan kepada Rasulullah SAW, nescaya pasti aku akan perangi mereka kerana keengganan itu."

Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah.

Firman Allah SWT

Al-'Imran ayat 180

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ هُوَ خَيْرًا لَّهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَّهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِۦ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرٰثُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Harta yang kita dapat, bukan milik kita.

Dalam harta yang kita ada terdapat

1. Hak kita
2. Hak orang lain
3. Hak Allah.

Rezeki datang dari Allah. Milik Allah segala yang ada di langit dan di bumi..

Kerana itu kita perlu bayar zakat, kerana ia merupakan perintah Allah SWT..

Daripada Abu Hurairah RA, Sabda Rasulullah SAW,

"3 golongan terawal masuk neraka, pemerintah yang kejam, orang kaya yang tidak menunikan hak Allah (zakat) pada hartanya, dan orang faki yang sombong."

HR Ibnu Hibban

Diriwayatkan daripada Syarik dan perawi selainnya, daripada Abu Ishaq, daripada Abu Al-Ahwas, daripada Abdullah (ibnu Mas'ud) katanya,

"kalian diperintahkan supaya menunaikan solat dan mengeluarkan zakat, maka, sesiapa yang tidak menunaikan zakat, tiada nilai pada solatnya."

Riwayat Al-Tabarani dalam Muj'am Al - Kabir..



Jika imbas kembali, pada surah Al - Ma'un..

Allah kata celaka lah orang yang solat.

Diantara yang dicela Allah ialah orang yang enggan menolong dengan barang yang berguna..

Iaitu sedekah, zakat, makan dan lain2..

Ibadah kita sentiasa terkait dengan yang lain

Begitu juga dosa, sentiasa terkait dengan yang lain..

Kenapa?

Kerana Islam itu Syumul (sempurna)

Ia mengajar kita menjadi sempurna zahir dan batin.

Muslim itu masuk ke syurga tanpa dosa. Kerana itu syariat Islam mengajar kita supaya sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran..

Oleh itu, sempurnakanlah zakat wajib pada diri kita.

Jangan rasa yang wajib itu zakat fitrah sahaja.

Ada lagi zakat lain yang kita perlu ambil berat..

Jika kita tidak peduli pada zakat, mungkin kita senang di dunia maka, diakhirat nanti kita pula akan diberati dengan azab seksa.

Kitab Al-Kabair, Dosa - dosa besar, karangan Imam Az - Zahabi, terbitan Telaga Biru.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?