Dosa Besar Pertama : Syirik
Kita pergi kepada Dosa Besar yang pertama iaitu Dosa Syirik kepada Allah.
Syirik ini adalah dosa besar yang paling besar
Syirik kepada Allah iailah menjadikan sekutu bagi Allah.
Bermakna,
Menyamakan kedudukan makhluk dengan kedudukan Allah SWT.
Atau melebihkan kedudukan makhluk daripada kedudukan Allah SWT..
Sedangkan Allah itu yang menciptakan kamu.
Tiba2, kamu sembah makhluk seperti batu, wang, manusia, matahari, angin, nabi, guru, bintang, raja dan selain dari Allah.
Allah berfirman
An-Nisa' ayat 48
إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِۦ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذٰلِكَ لِمَنْ يَشَآءُ ۚ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرٰىٓ إِثْمًا عَظِيمًا
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.
Lihat pada ayat ini, Allah berpesan kepada kita,
Dosa syirik Allah tidak akan ampunkan.
Dosa lain Allah akan ampunkan.
Maka, siapa syirik kepada Allah, haram syurga baginya, hanya neraka tempat dia di akhirat
nanti
Dan firman Allah lagi
Al-Ma'idah ayat 72
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوٓا إِنَّ اللَّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ۖ وَقَالَ الْمَسِيحُ يٰبَنِىٓ إِسْرٰٓءِيلَ اعْبُدُوا اللَّهَ رَبِّى وَرَبَّكُمْ ۖ إِنَّهُۥ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوٰىهُ النَّارُ ۖ وَمَا لِلظّٰلِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ
Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
Ini pula adalah ayat bahawa ada di antara manusia menjadi penyembah kepada Nabi..
Sebagaimana kaum Nasrani (Kristian)
Mereka menyembah Nabi Isa seperti Tuhan, sedangkan Nabi Isa berkata, dia adalah Utusan Allah.
Dia menyeru untuk menyembah Allah..
Firman yang lain.
Luqman ayat 13
وَإِذْ قَالَ لُقْمٰنُ لِابْنِهِۦ وَهُوَ يَعِظُهُۥ يٰبُنَىَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
Ini antara dalil, bukti2 bahawa syirik itu merupakan satu dosa yang sangat besar
Dan ayat ini adalah perkara yang perlu kita didik anak2 kita.
Sebagaimana Luqman, dia mendidik anaknya dengan menyatakan bahawa syirik itu adalah kezaliman yang besar.
Syirik zalim?
Ya, syirik itu menzalimi diri sendiri, bukan mencedera diri, bukan mendera, bukan kejam..
Tetapi zalim ini bermaksud kegelapan.
Hati manusia yang syirik kepada Allah, gelap tanpa cahaya (hidayah petunjuk dari Allah)
Namun, jangan kita ambil ringan pada kesyirikan,
Di atas ini adalah syirik yang Jali. Iaitu syirik yang jelas dan besar.
Tetapi, ada syirik khafi, iaitu syirik yang tersembunyi.
Setiap manusia ada memiliki nya
Apa syirik khafi?
1. Riak
2. Ujub
3. Sum'ah
4. Takabbur
2. Ujub
3. Sum'ah
4. Takabbur
Ini ada pada hati kita.
Ia sangat bahaya kerana syirik ini hadir tanpa kita sedar.
Dan ia memakan amalan kita sebagaimana Api memakan kayu.
Kita banyak buat amal, tetapi di hadapan Allah, amal kita kosong.
Kerana syirik ini.
Syirik kecil ini akan membinasakan kita
Dan ingat, syirik kecil atau syirik besar.
Kedua2nya bertempat di neraka.
Bagaimana kita mengatasi dosa syirik?
Syirik yang besar kita atasinya dengan kalimah
لا إله إلا الله، محمد رسول الله
..
Jika syirik kecil
Kita perlu berjihad sepanjang hayat.
1. Riak iaitu melakukan ibadah dengan menunjuk2 kepada org
2. Ujub iaitu rasa bangga dengan kebajikan yang kita buat.
3. Sum'ah iaitu melakukan kerja kebajikan atau ibadah untuk dipuji oleh orang
4. Takabbur iaitu memperlekehkan kebajikan org lain dan menolak kebenaran.
Perkara di atas ini amat memerlukan penyucian jiwa agar hati ini ikhlas..
Amat sukar menjadi ikhlas melainkan dengan sifat tawaduk, qanaah dan zuhud..
Kata pengarang kitab, sesiapa yang mensyirikkan Allah SWT, lalu mati sebagai musyrik, maka, dia pasti tergolong sebagai ahli neraka.
Sesiapa yang beriman kepada Allah, dan mati sebagai Mukmin, maka dia tergolong sebagai ahli syurga, sekalipun dia diazab terlebih dahulu atas dosanya yang lain..
Sabda Rasulullah SAW :
من بدل دينه، فاقتلوه
Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia.
HR Imam Bukhari,
Jalur periwayatan Ibnu Abbas.
Hadis ini berstatus Sahih.
Murtad di sini bermaksud melakukan kesyirikan selepas beriman kepada Allah SWT.
Islam tetapi melakukan sihir, jampi serapah, menurun jin, saka dan pelbagai lagi perkara khurafat..
Boleh menyebabkan kita menjadi Musyrik dan Murtad..
Jika dikenakan hudud, dia wajib dibunuh.
والعياذ بالله..
Kita berlindung dari kesyirikan tersebut
..
Semoga kita jauh dari dosa syirik yang besar ini..
Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru
Comments
Post a Comment