Dosa Besar Ke 7 : memakan Riba
Riba bermaksud lebihan, penambahan atau peningkatan dalam suatu urusan pertukaran.
Terbahagi kepada 2 jenis yang utama..
Iaitu
1. Riba duyun (riba hutang)
2. Riba buyu' (riba dalam jual beli barang ribawi)
Riba merupakan kezaliman kerana termasuk di dalam sifat memakan harta org lain secara batil..
Firman Allah SWT
Al-Baqarah ayat 278
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِىَ مِنَ الرِّبٰوٓا إِنْ كُنْتُمْ مُّؤْمِنِينَ
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Ayat ini adalah perintah Allah SWT kepada org yang beriman agar bertaqwa.. Supaya meninggalkan sisa riba..
Bermakna, bukan semua org mampu memilih jalan taqwa ini..
Yang benar2 takut kepada Allah sahaja akan menjauhi riba.
Sisa riba ini adalah jika kita pernah ada terlibat tiba.. Kita tinggal terus perbuatan tersebut..
Ini adalah sifat orang yang bertaqwa..
Hujung ayat ini Allah usik hati kita dengan sindiran..
"jika kamu benar2 beriman"
Tanya lah diri kita..
Dimana tahap iman kita.
Allah sambung lagi
Al-Baqarah ayat 279
فَإِنْ لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوٰلِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Dosa riba ini dianggap besar kerana dosa ini sahaja yang Allah dan Rasul-Nya mengisytihar perang kepada pelakunya..
Kerana ia merupakan kezaliman dan fitnah yang sangat dahsyat di dalam harta..
Yang mengambil riba akan menganiaya mangsa.. Yang kaya menjadi terus kaya, bertambah kaya..
Manakala yang susah terpaksa bersusah untuk memenuhi keperluan bayaran..
Lihat sahaja realiti hidup masa kini..
Apa yang berlaku kepada nilai matawang?
Siapa yang terus menjadi kaya?
Siapa yang terdesak meneruskan hidup?
Inilah bentuk kezaliman yang kita semua tidak nampak, melainkan dengan mendalami ayat2 Allah..
Gambaran Allah kepada yang memakan riba
Al-Baqarah ayat 275
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبٰوا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِى يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطٰنُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبٰوا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبٰوا ۚ فَمَنْ جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّنْ رَّبِّهِۦ فَانْتَهٰى فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى اللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُولٰٓئِكَ أَصْحٰبُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ
Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.
Ketika dibangkitkan semula selepas kiamat, pemakan riba ini akan berperangai seperti orang gila, dirasuk syaitan.
Kerana mereka sangka riba tu sama je urusan bisnes.
Padahal, ia adalah dosa yang besar...
Maka, org yang beriman akan berhenti daripada memakan riba, melainkan..
Orang yang tidak rasa takut dengan Allah..
Tempat mereka di neraka..
Kata pengarang..
Seperti yang kamu lihat, ini adalah ancaman yang sangat besar iaitu kekal di dalam neraka bagi sesiapa yang kembali memakan riba setelah diberi peringatan.
Tiada daya kekuatan melainkan dengan Allah
Rasulullah SAW bersabda
"jauhilah tujuh dosa yang membinasakan."
Para sahabat bertanya "apakah ia wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab
1. Syirik kepada Allah,
2. mengamalkan sihir,
3. bunuh nyawa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak,
4. memakan riba,
5. memakan harta anak yatim,
6. lari dari medan perang,
7. menuduh perempuan yang telah berkahwin, beriman lagi terpelihara dengan tuduhan zina.
HR Al Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasulullah SAW
لعن الله اكل الربا وموكله
"Allah melaknat pemakan riba dan pemberinya."
HR Ahmad, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.
Imam Al - Tirmizi meriwayatkan seperti di atas tetapi dengan tambahan lafaz
وشاهديه، وكاتبه
"Serta dua orang saksi dan penulisnya."
Sanad hadis ini Sahih..
Sabda Rasulullah SAW lagi
"Pemakan riba, pemberinya dan penulisnya, jika mereka sedar perbuatan mereka, akan dilaknat oleh Muhammad SAW pada hari kiamat"
HR An - Nasa'i, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.
Menurut Sheikh Soleh Al Utsaimin,
Dosa memakan riba lebih besar daripada zina.
Dosanya lebih besar daripada berzina dengan ibu sendiri lebih 36 kali.
الله اعلم
Menggambarkan betapa besarnya dosa memakan riba, pelbagai ancaman diberikan oleh Allah SWT..
Kita sebagai hamba Allah yang beriman, seharusnya taat kepada Allah agar kita terpelihara daripada dosa riba ini..
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda bahawa yang mafhumnya
"Akan sampai suatu zaman dimana riba bertebaran umpama debu yang berterbangan"
Kita sedang berada di zaman tersebut..
Berhati2 lah dengan urusan kewangan kita.
Perhatikan dengan siapa kita berurusan..
Yang terbaik adalah Muslim..
Tetapi, perlu dilihat muslim yang bagaimana
Urusan bank,
Insuran perlindungan,
Pelaburan saham,
Jual beli dan pajak gadai emas, perak..
Jual beli barang ribawi seperti gandum, tepung, sayur, buah
Setiap urusan berkaitan duit..
Perlu diteliti dengan cermat,
Agar kita tidak termasuk di dalam orang yang berurusan dengan riba..
Kitab Al-Kabair, Dosa - dosa besar, karangan Imam Az - Zahabi, terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment