Penyakit dalam perjuangan : Futur

Liqa al-Fikri Pas Kawasan Kuala Selangor.

19/7/2019

Oleh Ustaz Abdul Kadir Al-Jofre.

Kitab Wabak dalam perjuangan. Karangan Sayyid Muhammad Noor.

Tajuk : Futur di dalam perjuangan Islam.

Futur (فتر) dari segi bahasa ada dua maksud.

1. Dari bergerak menjadi berhenti.

2. Dari laju menjadi perlahan.

Dalam hidup manusia menjadi kebiasaan akan ada masa semangat tinggi dan perasaan itu berubah menjadi semakin pudar.

Begitu juga dalam perjuangan Islam.

Pada awalnya bersemangat tinggi, sentiasa hadir mesyuarat, usrah, liqa, tamrin dan sebagainya.

Namun, perasan ini semakin hilang apabila masa berubah. Semakin hilang semangat untuk berjuang di dalam Islam. Semakin tidak hadir dalam hal jemaah.

Inilah penyakit Futur.

Sebab terjadi penyakit Futur.

1. Ghuluw (غلو) iaitu berlebihan dalam agama. Contohnya solat tanpa tidur, puasa tanpa berbuka.

Sikap yang melampaui batas dalam jemaah ini juga mampu mengundang penyakit Futur.

Kerana sikap berlebihan akan menjana rasa jemu.

Selepas jemu, orang akan semakin perlahan ataupun berhenti terus daripada perjuangan.

2. Berlebihan dalam makan. Terlalu banyak jamuan, sehingga menyebabkan berat naik dan mengundang penyakit.

Ulama Tasawuf mengharamkan berlebihan dalam makan. Jika lebih dari 1/3 perut, ia adalah makruh. Penuh perut adalah haram.

3. Berlebihan dalam mencari perkara harus. Sebagai contoh hobi memancing, menunggang basikal, motorsikal.

Terlalu banyak urusan lain yang menyebabkan urusan dengan jemaah diabaikan.

Apabila hal ini menjadi kebiasaan, maka, rasa jemu dengan jemaah akan meningkat, rasa seronok dengan hobi akan meningkat.

Maka, semangat perjuangan akan menjadi semakin pudar.

4. Bersendirian dalam perjuangan kerana meninggalkan jemaah.

Akibat kerana merajuk dengan jemaah, atau rasa dipinggirkan, atau terpengaruh dengan orang lain, orang yang rajin dalam perjuangan akan menjadi malas dan mengundurkan diri.

Di dalam jemaah, kekuatan diperolehi dengan semangat dari rakan, jika salah ada yang perbetul, jika lemah ada yang bagi semangat.

Tetapi apabila bersendirian, jiwa akan menjadi futur dan akhirnya berhenti.

Banyak terjadi kepada pendakwah juga.

Rasulullah SAW dan para sahabat pun berjemaah, apa lagi kita yang jauh daripada Rasulullah SAW.

Maka, mufarakah dari jemaah sangat meninggalkan kesan yang besar kepada seseorang.

بارك الله فيكم..
Moga bermanfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?