Dosa Besar ke 8 : Makan Harta Anak Yatim Secara Zalim


Rasulullah SAW merupakan anak yatim.

Iaitu lahir tanpa bapa kerana telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan..

Yatim pada sisi Rasulullah SAW adalah kemuliaan bagi baginda.

Ia merupakan nikmat yang Allah kurniakan sebagai tanda kenabian bagi Rasulullah SAW..

Maka, secara tidak langsung, Allah turut memuliakan anak yatim yang lain..

Dan banyak ayat-ayat Al Quran yang membela nasib anak2 yatim, juga memberi ancaman bagi 
mereka yang tidak melayani anak yatim dengan baik.

Yang paling berat azab diceritakan oleh Allah SWT tentang anak yatim ini adalah apabila seseorang memakan (menggunakan) harta anak yatim secara zalim.

Firman Allah SWT

An-Nisa' ayat 10

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوٰلَ الْيَتٰمٰى ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِى بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

Ini amaran keras. Makan harta anak yatim bukan makan sebahagian api, tetapi menelan api seluruhnya.. Sepenuh - penuh perut.

Sudahlah perut penuh api, duduk pula di dalam bakaran api neraka.

الله أكبر

Firman Allah SWT lagi

Al-An'am ayat 152

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ حَتّٰى يَبْلُغَ أَشُدَّهُۥ ۖ وَأَوْفُوا الْكَيْلَ وَالْمِيزَانَ بِالْقِسْطِ ۖ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۖ وَإِذَا قُلْتُمْ فَاعْدِلُوا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبٰى ۖ وَبِعَهْدِ اللَّهِ أَوْفُوا ۚ ذٰلِكُمْ وَصّٰىكُمْ بِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.

Harta anak yatim ini merupakan amanah Allah SWT..

Mereka yang belum baligh dan tidam mampu mengurus harta.

Tiada pula ibu bapa yang boleh mengurus, maka, yang diberi amanah perlu mengurus dengan betul
Kata Imam Az Zahabi,

Sekiranya penjaga anak yatim itu miskin, lalu memakan (harta itu) dengan cara baik, ia tidak salah. Maka harta yang digunakan melebihi keperluannya, ia adalah haram. Nilaian cara yang baik ketika menggunakannya tertakluk kepada adat kebiasaan orang yang beriman. Iaitu tiada tujuan buruk disebaliknya.

Bagi penjaga yang di amanahkan, mereka boleh menggunakan harta peninggalan bapa kepada anak yatim itu, tetapi pada kadar yang sepatutnya sahaja. Jangan menyalahgunakan harta itu untuk kepentingan kita, tetapi untuk kepentingan anak yatim tersebut.

Gunakan harta untuk keperluan bersama tidak salah seperti beli makanan asas bersama, kegunaan asas bersama. Ia adalah cara penggunaan yang baik.

Jangan pula kita mengambil secara sembunyi dan gunakan untuk kepentingan diri kita. Bila anak itu telah dewasa, dia tidak lagi memiliki harta untuk digunakan

Rasulullah SAW bersabda

اجتنبوا السبع الموبقات..... فذكرمنها : أكل مال اليتيم

"Jauhilah 7 dosa yang membinasakan... Baginda menyebut salah satunya ialah memakan harta anak yatim"

HR Al Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah..

Anak yatim sangat rapat dengan Rasulullah SAW..

Rasulullah SAW bersabda

"diakhirat nanti aku dan penjaga anak yatim seperti ini" baginda menunjukkan isyarat jari telunjuk dan jari tengah yang rapat.

Mengasihi anak yatim adalah sunnah yang sangat besar.

Menganiaya mereka adalah dosa..

Firman Allah SWT

Adh-Dhuha ayat 9

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

Larangan Allah ini jangan di ambil enteng..

Semoga kita menjadi insan yang pengasih dan penyayang kepada anak2 yang mulia ini..

الله اعلم..

Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?