Dosa besar ke 12 : ZINA, dengan sebahagian jenisnya lebih besar daripada sebahagian yang lain.
Sebagaimana yang kita maklumi, zina merupakan salah satu dosa besar yang dikenakan hukuman hudud.
Ia merupakan kesalahan beaar yang mengakibatkan tercalarnya kesucian maruah dan nasab keturunan.
Larangan zina bukan bermula pada perbuatan zina, tetapi, larangan itu telah bermula ketika menghampiri zina.
Apa itu menghampiri zina?
Berpegangan tangan, berbalas mesej, bercinta, berdua - duaan..
Ini semua adalah contoh perkara yang menghampiri zina.
Firman Allah SWT
Al-Isra' ayat 32
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنٰىٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
Di dalam ayat ini, Allah nyatakan larangan menghampiri zina kerana ia adalah keji dan jalan yang membuka kepada jalan zina.
Larangan zina ini diletak bersama beberapa dosa lain seperti syirik dan membunuh bagi menggambarkan besarnya kesalahan ini.
Firman Allah SWT
Al-Furqan ayat 68
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا
Dan orang-orang yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, niscaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya),
Kekejian zina ini adalah pada gangguan nasab keturunan yang tidak dapat dikenalpasti. Oleh itu, hukuman berat menanti kepada pelakunya
Firman Allah SWT
An-Nur ayat 2
الزَّانِيَةُ وَالزَّانِى فَاجْلِدُوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا مِائَةَ جَلْدَةٍ ۖ وَلَا تَأْخُذْكُمْ بِهِمَا رَأْفَةٌ فِى دِينِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Mengapa teruk sangat hukumannya?
Kerana sifat hudud adalah mencegah, bukan menghukum.
Kerana takut kepada hukuman, maka, manusia akan menjauhi zina.
Gambaran dosa yang besar ini juga dinyatakan oleh Rasulullah SAW apabila ditanya tentang dosa yang paling besar,
"kamu jadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah, sedangkan Dia menciptakan kamu."
Sahabat bertanya lagi " kemudian apa?"
Baginda Rasulullah SAW menjawab,
"kamu membunuh anak kamu kerana takut dia akan memakan bersama kamu (menjadi miskin kerana anak tersebut)"
Baginda ditanya lagi, "kemudian apa?"
Baginda bersabda,
"kamu berzina dengan isteri jiranmu."
Riwayat Imam An Nasa'i, daripada Abdullah bin Mas'ud.
Baginda bersabda lagi
"Seorang penzina tidak akan berzina dalam keadaan dia beriman.
Seorang pencuri tidak akan mencuri dalam keadaan dia beriman.
Seorang peminum arak tidak akan minum arak dalam keadaan dia beriman."
HR Imam Al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah.
Maksud hadis ini secara ringkas ialah orang beriman jika benar - benar beriman kepada Allah SWT,
iaitu beramal dengan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah. Tidak akan melakukan dosa sewenang wenangnya.
Baginda SAW juga bersabda
"Apabila seorang hamba berzina, iman akan keluar daripada dirinya, dan menjadi seperti teduhan baginya. Apabila dia berhenti daripada perbuatan zina tersebut, iman itu akan kembali semula ke dalam dirinya."
Riwayat Imam Al-Hakim, daripada Abu Hurairah.
Hadis ini memenuhi syarat perawi yang diletakkan oleh Al - Bukhari dan Muslim.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"tiga golongan yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka, tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa), dan tidak akan melihat mereka pada hari kiamat, serta mereka mendapat azab yang pedih :
1. Lelaki tua penzina,
2. penguasa yang selalu menipu, dan 3. Orang miskin yang angkuh..
Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Hurairah
Bayangkan, Allah tidak mahu melihat kita dengan dosa-dosa ini..
Jangan kita tunda taubat kita
Sentiasalah bertaubat dan beristighfar
Kata Imam Az Zahabi, seburuk - buruk zina adalah berzina dengan ibu kandung, adik beradik
perempuan, ibu tiri dan mahram perempuan yang lain.
Dalam bab zina ini, terdapat banyak lagi hadis, antara yang boleh disebut ialah hadis riwayat Al - Bara',
Bahawa bapa saudara Bara' (sebelah ibu) pernah diutuskan oleh Nabi SAW pergi menemui seoramg lelaki yang telah berzina dengan ibu tirinya. Bertujuan untuk membunuhnya dan membahagikan hartanya kepada lima bahagian.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al - Tirmizi, Abu Daud, Al - Nasai dan Ibnu Majah.
Ini merupakan hukuman bagi penzina yang berzina dengan mahram perempuan.
Tiada hudud, tetapi hukuman bunuh bagi menggambarkan betapa beratnya dosa berzina dengan wanita mahram.
Kitab Al - Kabair : Dosa - Dosa Besar, karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru
Comments
Post a Comment