Dosa Besar ke 49 : Pemberontakan Bersenjata Dan Tuduhan Kafir Hanya Dengan Sebab Dosa Besar.


Sebelum ini kita telah membaca dosa besar tentang mencuri dan merompak,

Setiap satunya dikenakan hukuman yang sangat berat. Baik dunia, ataupun akhirat.

Berbeza dengan pemberontakan bersenjata, dosa ini lebih teruk lagi kerana pemberontakan adalah haram.

Lebih - lebih lagi memberontak dengan kerajaan Islam.

Masa kini, pemberontakan pernah berlaku dalam kerajaan Islam sebanyak 2 kali.

Pemberontakan yang pertama, terjadi pada kerajaan Mesir, di mana As Syahid Dr. Morshi digulingkan oleh tentera Mesir sendiri.

Dan pemberontakan ini berjaya menjatuhkan pemimpin Islam yang sepatutnya menerajui Mesir secara sah.

Pemberontakan kedua berlaku di Turki, oleh panglima tentera dan sokongan beberapa kumpulan tentera.

Pemberontakan ini tidak berjaya, dan dipatahkan oleh Presiden.

Maka, terselamatlah Pemimpin Negara Islam ini.

Selain itu, sifat kedua dalam dosa ini adalah sifat takfiri, iaitu mengkafirkan orang Islam yang lain hanya kerana Muslim itu membuat dosa besar.

Menggelar orang Islam sebagai kafir memerlukan pembuktian yang cukup jelas, bahawa dia sememangnya murtad.

Tanpa bukti yang kukuh dan jelas, maka, seorang Muslim tetap Muslim sekalipun hakikat sebenar dia adalah Munafiq.

Mengkafirkan orang Islam sangat besar dosanya di sisi Allah.

Kedua - dua sifat di atas dimiliki oleh golongan yang digelar Khawarij.

Mereka ini sangat Radikal (ganas) dan keras cara pemikirannya.

Mereka sangat melampaui batas dan berlagak seperti pembela agama Islam yang sebenar.

Hakikatnya, mereka adalah musuh Islam yang sebenar kerana mempamerkan imej buruk Islam kepada orang lain.

Sikap melampau ini diceritakan oleh Allah SWT.

Al-Baqarah ayat 190

وَقٰتِلُوا فِى سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقٰتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوٓا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
 
Allah memerintahkan supaya berperang, mempertahankan agama, tetapi dengan syarat.

Jangan melampaui batas.

Bagi golongan khawarij, asalkan Islam menang, buat apa sahaja walaupun membunuh kanak - kanak dan wanita.

Allah benci pada sikap melampau ini

Firman Allah SWT

Al-Ahzab ayat 36

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا مُّبِينًا

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.
 
Apabila Allah dan Rasul telah beri perintah, ikut sahaja, jangan langgar perintah itu.

Jika tidak kita termasuk dalam golongan yang melampau. Iaitu orang yang sesat.

Melampau sehingga mengkafirkan orang lain dengan mudah. Itu adalah sikap orang yang dibenci Allah.

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang memanggil saudara Muslimnya, 'Wahai si kafir,' maka dosa tuduhan itu kembali kepada salah seorangnya."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.

Kata pengarang kitab,

"Terdapat banyak hadis yang menceritakan tentang sifat golongan khawarij, dan ulama berbeza pendapat dalam isu mengkafirkan mereka, disebabkan Rasulullah SAW pernah bersabda perihal mereka,

" Mereka keluar daripada agama sebagaimana anak panah yang dilepaskan dari busur. Dimana sahaja kamu jumpai mereka, bunuhlah mereka."

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim daripada Ali.

Rasulullah SAW sendiri menghalalkan darah mereka dan menyatakan kemurtadan mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Mereka lah seburuk - buruk orang yang dibunuh di dunia. Manakala sebaik - baik orang yang dibunuh orang yang dibunuh mereka."

Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Umamah.

Rasulullah SAW memberi isyarat untuk memerangi golongan khawarij.

Kata pengarang kitab,

"Golongan Khawarij ialah para pelaku bidaah yang menghalalkan darah (bunuh) dan suka membuat tuduhan kafir."

Apabila mereka mengkafirkan Uthman, Ali dan sekumpulan sahabat besar.

Lihat betapa ekstrimnya puak Khawarij, kita boleh nilai siapa yang memiliki ciri ini pada masa kini.

 Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menggambarkan Khawarij ini sebagai anjing ahli neraka,

"Rasulullah SAW menceritakan kepada kami bahawa mereka ialah anjing - anjing ahli neraka."

Aku bertanya,

" Adakah Al-Zariqah sahaja? "

Rasulullah SAW bersabda,

" Khawarij keseluruhannya. "

Riwayat Ahmad.

Maka, seharusnya kita mengelak daripada menjadi pemberontak kepada negara.

Pemberontak perlu dihukum mati di sisi Islam.

Memberontak adalah operasi ketenteraan yang bertujuan menggulingkan pemerintah.

Berbeza dengan pilihanraya yang selalu berlangsung di negara demokrasi termasuk Malaysia.

Pilihanraya adalah bertujuan memilih pemimpin, bukan memberontak.

Selain itu, jangan kita bermudah dalam mengkafirkan orang, sekira tidak pasti, maka, diamlah.

Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?