Dosa Besar ke 52 : Melabuhkan pakaian kerana sombong dan tujuan seumpamanya.

Ketika zaman monarki, iaitu pemerintahan beraja.

Raja menjadi ketua negara yang mutlak.

Yang menjadikan para Raja memiliki prestij mereka sendiri.

Gah di atas singgah sana.

Sehinggakan memperlihatkan kehebatan mereka.

Antara yang menggambarkan status adalah pakaian.

Pakaian para raja terdahulu sangat mewah, hingga bersulam emas dan batu permata yang sangat mahal.

Bertujuan menunjukkan kehebatan dan kekayaan mereka.

Berbeza dengan ketua negara Islam,

Iaitu Rasulullah SAW.

Baginda sangat zuhud dan tidak mengambil kekayaan negara untuk diri sendiri.

Segalanya untuk rakyat.

Sifat ini diikuti oleh para Khalifah Ar-Rashidin yang 4.

Segalanya berubah selepas itu di mana khalifah yang dilantik, akan mewarisi kekayaan.

Dan kerajaan mereka bersifat bermewahan.

Sama seperti raja rom dan eropah.

Pakaian mereka mula berubah.

Antara yang ketara adalah labuh pakaian mereka.

Melabuhkan pakaian adalah haram di sisi semua mazhab.

Yang membezakan cuma niat.

Bagi mazhab shafie,

Sekiranya niatnya tidak didasari kesombongan, hukumnya adalah makruh.

Firman Allah SWT

Luqman ayat 18

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِى الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.
 
Sabda Rasulullah SAW,

"Allah SWT tidak memandang orang yang menyeret kainnya kerana Sombong."

Riwayat Al-Bukhari, daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang lain,

"Kain yang labuh dibawah buku lali, maka tempatnya dineraka."

Hanya kerana pakaian, manusia boleh berada di neraka. Apa tah lagi perkara yang lain.

Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Tiga golongan yang tidak dipandang Allah pada hari kiamat, Dia tidak akan menyucikan mereka (daripada dosa), malah bagi mereka azab yang sangat pedih :

1. Orang yang melabuhkan pakaiannya (kerana sombong),

2. Orang yang suka mengungkit pemberian,

3. Orang yang melariskan barang jualan dengan sumpah palsu. "

Riwayat Muslim, daripada Abu Zar.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Ketika seorang lelaki berjalan dengan mengenakan pakaian berlapis yang cantik, dimegahi dengan rambut yang tersisir rapi, sambil berjalan dengan sombong, lalu tiba - tiba Allah membenamkannya ke dalam bumi. Setelah itu, dia menggelupur (sambil meraung) di dalamnya hingga kiamat. "

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.

Gambaran tentang orang yang berjalan dengan penuh kesombongan, jika Allah datangkan satu ujian, tersungkur tidak terkata apa-apa.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amru RA, daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Perbuatan melabuhkan kain sarung, baju dan serban : Sesiapa yang menyeret salah satunya kerana sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."

Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasai' dengan sanad yang sahih.

Kata Jabir bin Sulaim,

Rasulullah SAW bersabda kepadaku,

"Janganlah kamu melabuhkan kain, kerana ia termasuk daripada kesombongan, sesangkan Allah tidak suka kepada kesombongan."

Riwayat Ahmad.

Hadis ini disahihkan oleh Al-Tirmizi.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, katanya,

"Ketika seorang lelaki bersolat mengenakan pakaian yang labuh (bertujuan sombong),

Rasulullah SAW bersabda kepadanya (setelah dia selesai solat),

" Pergilah berwudhuk semula. "

Dia pun pergi berwudhuk. Kemudian dia datang lagi, namun Baginda bersabda lagi,

"Pergilah berwudhuk semula."

Lalu seorang lelaki berkata kepada baginda,

"Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya berwudhuk semula dan kemudian kamu tidak menjelaskannya?"

Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya tadi dia bersolat sambil melabuhkan pakaiannya. Sedangkan Allah tidak menerima solat orang yang melabuhkan pakaian."

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan menepati syarat perawi di sisi Muslim,

إن شاء الله.

Kata pengarang kitab.

Sabda Rasulullah SAW,

"Kadar kain sarung seorang Mukmin adalah sehingga tengah betisnya."

Riwayat Abu Daud, daripada Abu Sa'id Al-Khudri

Abu Sa'id berkata, Sabda Rasulullah SAW lagi,

Kadar kain sarung seorang Mukmin adalah sehingga tengah betis, namun tidak mengapa atau tidak berdosa pada kadar diantaranya dengan buku lali.

Bagi kadar yang melebihi dua buku lali (kerana sombong), maka tempatnya adlah di dalam neraka.

Sesiapa yang menyeret kainnya kerana Sombong, Allah tidak akan memandangnya (pada hari kiamat).

Hadis Riwayat Abu Daud dengan sanad yang Sahih.

Ibnu Umar Ra. Huma.

Sabda Rasulullah SAW,

"Aku permah melintasi Rasulullah SAW dalam keadaan sarungku labuh ke tanah."

Lantas baginda bersabda,

" Wahai Abdullah, angkatlah kainmu. "

Aku terus mengangkatnya,

Kemudian Baginda bersabda lagi,

" Naikkan lagi. "

Aku menaikkannya lagi. Setelah peristiwa itu, aku sentiasa mengawasi labuh kainku.

Hadis Riwayat Muslim.

Kata pengarang kitab,

Setiap orang yang memakai Farajiyyah (baju atau pakaian yang lebar serta bercekak labuh yang dipakai para ulama),

Jubah atau seluar Khafajjiyyah (sejenis seluar yang terdapat pada zaman pengarang) yang hampir mencecah tanah (kerana sombong),

Maka dia termasuk dalam janji buruk yang disebutkam sebelum ini.

Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?