Dosa besar ke 53 : Memakai sutera dan Emas bagi lelaki
Allah SWT telah menjadikan manusia ini dengan ujian masing - masing.
Lelaki dengan ujian lelaki.
Perempuan dengan ujian perempuan.
Dan setiap ujian Allah itu ada yang perlu ditaati seperti :
1. Mendirikan solat.
2. Berpuasa.
3. Bersedekah.
4. Melakukan amal kebajikan.
Dan lain - lain.
Terdapat juga ujian yang Allah berikan adalah dalam bentuk larangan seperti :
1. Larangan berzina.
2. Larangan minum arak.
3. Larangan menyerupai orang kafir.
4. Larangan membuat kerosakan.
Dan lain - lain lagi.
Ujian ini bertujuan untuk menguji ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Kerana Rahmat Allah untuk kita diakhirat nanti adalah berdasarkan nilai taqwa kita di sisi - Nya.
Antara larangan yang dikuatkuasakan oleh Allah kepada lelaki adalah larangan memakai sutera dan emas.
Hikmah larangan ini adalah kerana emas, sutera, mutiara dan segala bentuk kemewahan merupakan kemegahan di syurga bagi lelaki.
Maka, di dunia, lelaki diharamkan untuk menggunakannya dalam apa bentuk sekalipun
Sama ada :
1. Emas tulen, atau
2. Campur seperti suasa, atau
3. Kurang kualiti.
Dan sebagainya.
Selagi ada emas di dalam bahan itu, ia menjadi haram mutlak bagi lelaki.
Sama ada dalam bentuk
Jam
Pen
Butang baju
Cawan
Pinggan.
Dan lain2.
Di dunia, nilai ketaatan kita kepada Allah akan membentuk taqwa.
Dan taqwa itu adalah pakaian kita di dunia
Firman Allah SWT
Al-A'raf ayat 26
ÙŠٰبَÙ†ِÙ‰ٓ Ø¡َادَÙ…َ Ù‚َدْ Ø£َÙ†ْزَÙ„ْÙ†َا عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Ù„ِبَاسًا ÙŠُÙˆٰرِÙ‰ سَÙˆْØ¡ٰتِÙƒُÙ…ْ Ùˆَرِيشًا ۖ ÙˆَÙ„ِبَاسُ التَّÙ‚ْÙˆٰÙ‰ Ø°ٰÙ„ِÙƒَ Ø®َÙŠْرٌ ۚ Ø°ٰÙ„ِÙƒَ Ù…ِÙ†ْ Ø¡َايٰتِ اللَّÙ‡ِ Ù„َعَÙ„َّÙ‡ُÙ…ْ ÙŠَØ°َّÙƒَّرُونَ
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
Pakaian harian kita Allah kurnia untuk menjaga taqwa dengan menutup Aurat.
Dan di hati kita, pakaian taqwa itu yang paling sempurna.
Kerana dengan pakaian itu, kita taat kepada perintah Allah, dan menjauhi larangan Allah.
Sabda Rasulullah SAW,
"Sesiapa (dikalangan lelaki) yang memakai sutera di dunia, nescaya dia tidak akan memakainya di akhirat kelak."
Muttafaqun alaih, daripada Anas bin Malik.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Sesungguhnya orang yang memakai sutera di dunia, hanyalah orang yang sama sekali tidak akan mendapat bahagian (memakai sutera) di akhirat."
Riwayat Al-Bukhari, daripada Umar Al-Khattab.
Sabda Rasulullah SAW lagi,
"Diharamkan pemakaian emas dan sutera ke atas kaum lelaki dikalangan umatku, dan dihalalkan buat wanita mereka."
Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Musa Al-'Asyari.
Hadis ini disahihkan oeh Al-Tirmizi.
Huzaifah berkata,
"Rasulullah SAW melarang kami daripada minum dan makan menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas dan perak, memakai pakaian yang diperbuat daripada sutera, serta duduk diatasnya."
Riwayat Al-Bukhari.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang minum menggunakan bekas yang diperbuat daripada perak, sesungguhnya dia membuatkan api neraka jahannam menggelegak di dalam perutnya."
Muttafaqun alaih, daripada Ummu Salamah.
Kata pengarang kitab,
"Telah sabit dalam riwayat hadis bahawa Rasulullah SAW, memberikan keringanan memakai sutera kerana penyakit kulit. Dengan kadar sebesar empat jari.
Begitu juga baginda memberi keringanan memakai gigi emas dan seumpamanya.
Sesiapa yang memakai pakaian sutera,
Sutera bersulamkan emas,
hiasan emas, atau
Tali pinggang haiwan tunggangan (untuk mengikat pelana) yang diperbuat daripada emas,
Maka dia termasuk dalam janji buruk yang telah disebutkan, dan
Dia menjadi fasiq kerana perbuatan tersebut. "
Beringatlah, bagi para lelaki, perhatikan apa yang kamu pakai.
Boleh jadi, ia bakal penyebab diri kita menjadi pelaku dosa - dosa besar.
Marilah kita bermuhasabah diri, memperbanyakkan istighfar, dan memohon taubat kepada Allah.
Moga2, Allah menerima taubat kita.
إن شاء الله
Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment