Dosa Besar ke 61 : Orang Yang Mengacu Ke Arah Saudaranya Menggunakan Besi.

Melakukan sesuatu yang  tidak mendatangkan faedah atau berbahaya adalah larangan daripada Rasulullah SAW.

Mengacu pedang, tongkat, kapak atau apa sahaja yang berbahaya kepada orang lain merupakan larangan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Perbuatan ini boleh menjadi penyebab kecederaan atau kematian.

Yang pada akhirnya boleh dijatuhkan hukuman qisas.

Mengacu dalam keadaan sengaja atau tidak sengaja.

Marah atau bergurau, ia adalah kategori dosa yang besar

Menurut Sheikh Muhammad bin Solleh Al- Utsaimin,

Bergurau dengan mengacah untuk melanggar kawan - kawan dengan basikal, motorsikal, kereta juga termasuk dalam perkara ini.

Kerana jika berlaku kegagalan untuk mengawal, ia adalah boleh mendatangkan kecederaan.

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang mengacu ke arah saudaranya menggunakan besi, maka para Malaikat akan melaknatnya sehingga dia berhenti melakukannya, walaupun orang tersebut ialah saudara kandungnya sendiri."

Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.

Kesimpulannya,

Larangan ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan nyawa.

Juga mengelak daripada berlakunya hukuman qisas dengan sebab yang tidak sepatutnya.

Hukuman qisas (bunuh balas) tetap dilaksanakan walaupun secara tidak sengaja.

Kerana nyawa tiada gantinya di dunia ini.

Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.  

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?