Dosa Besar ke 60 : Perempuan Yang Menyambung Rambut, Menjarangkan Gigi, dan Membuat Tatu.

Menjadi Fitrah wanita atau perempuan, untuk memiliki naluri atau nafsu.

Yang menjurus kepada kecantikan.

Menjadi cantik atau paling cantik adalah idaman wanita.

Oleh kerana itu, para wanita atau perempuan, bersungguh-sungguh mencari atau mencuba pelbagai cara untuk menjadi cantik.

Tidak menjadi kesalahan untuk menjadi cantik, asalkan niatnya untuk menarik perhatian suami.

Tetapi larangan yang berlaku apabila berlebihan hingga dihadapan orang selain suami juga mahu kelihatan terlebih cantik.

Ini kita gelar sebagai Tabarruj.

Berlebihan dalam dandanan.

Disebalik berlebihan ini, terdapat larangan yang lebih keras.

Iaitu:

1. Menyambung rambut,

2. Menjarangkan gigi,

3. Membuat tatu.

Sabda Rasulullah SAW,

"Allah SWT melaknat perempuan yang :

1.  Menyambung rambut dan

2. Meminta agar disambungkan rambut,

3. Membuat tatu, dan

4. Meminta agar dibuat tatu (dibadannya).

5. Meminta agar bulu diwajahnya dicukur (atau dicabut ),

6. Yang meminta agar ia dicukur (atau dicabut)

7. Yang menjarangkan gigi untuk tujuan kecantikan,

Sambil semua ini adalah mengubah ciptaan Allah. "

Muttafaqun alaih, daripada Abdullah Ibnu Mas'ud.

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Harta yang diperoleh hasil jual beli anjing dan darah adalah haram, begitu juga dengan kerja pelacur."

Baginda juga melaknat wanita yang :

1.  Membuat tatu, dan

2. Meminta agar dibuat tatu (dibadannya).

3. Pemakan riba, dan

4. Oramg yang memberi makan riba.


5. Para pengukir patung."

Muttafaqun alaih, daripada Abu Juhaifah.

Dalam hal dosa memyambung rambut, yang tukang buat dipalit dosa, yang  jadi pelanggan juga dipalit dosa.

Begitu juga halnya dengan pembuat tatu, pelanggan dan pembuat dipalit dosa yang sama.

Sebagai hamba Allah yang bertaqwa, kita perlu taat kepada Allah, kerana perintahnya yang paling tinggi.

Ujian kecantikan ini adalah ujian terbesar buat wanita di dunia.

Wanita dan perempuan sangat ingin menjadi yang paling cantik.

Jangan kerana ingin cantik, kita melanggar perintah Allah SWT.

Kecantikan wanita bukan untuk ditayang atau ditatap oleh sebarang orang.

Hanya yang berhak sahaja boleh melihat kecantikan ini.

Yang paling berhak adalah Allah dan suami.

Ganjaran bagi ketaatan dan kesabaran atas ujian ini buat para wanita,

Anda akan menjadi Ketua bidadari di Syurga Allah.

Cantiknya bidadari ini, digambarkan dengan hanya menunjukkan jari yang paling kecil, para lelaki tidak akan beralih pandangan dari jari tersebut.

Kerana tersangat indah.

Jika bidadari secantik itu,

Bagaimana cantiknya ketua bidadari ini.

Pastinya paling cantik antara bidadari.

Maka, kejarlah ketaatan kepada perintah Allah.

Pasti anda akan menjadi yang paling cantik.

Seindah hiasan adalah wanita Solehah.


Kitab Dosa - Dosa Besar, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.  

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم

Saya terima satu soalan berkaitan hadis pada dosa besar ke 60.

Berkaitan menjarangkan gigi.

Apa yang dimaksudkan dengan menjarangkan gigi dan ada ke orang melakukannya?

Dalam Irsyadul Hadis, Hadis ini disyarahkan dengan maksud,

Terdapat perempuan dewasa yang giginya menjadi besar dan rapat, sehinggakan wajahnya kelihatan tua.

Jika dilakukan perbandingan, gigi remaja lebih jarang dan kecil.

Maka, terdapat juru solek, atau pakar bedah plastik yang menawarkan perkhidmatan menipiskan gigi serta merenggangkan gigi supaya kelihatan cantik dan muda.

Maka ia termasuk dalam larangan dan dosa besar yang disebutkan di dalam hadis tersebut.
Dengan sebab mengubah ciptaan Allah serta berunsur penipuan. 

Contoh kepakaran yang menzahirkan teknik ini adalah di negara pro kecantikan seperti Jepun, Korea, German, Amerika dan lain - lain.

Kita boleh lihat gigi artis mereka ketika tersenyum.


الله اعلم.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?