Para Jemaah Dajjal (Petanda Kiamat) episod 8

Surah Ar-Rum ayat 41

Ar-Rūm:41 - Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).Tangan manusia jadi gambaran kepada masalah dunia.

PBB dikatakan sebagai badan pelindung hak asasi manusia, tetapi adakah itu yang dilalui oleh penduduk dunia khususnya islam. Pastinya kita mempunyai harapan dan pasti kita akan kehilangan harapan dengan PBB.

Siapa yang memerintah dunia sebenarnya, barangkali yang menjadi sebutan orang terutamanya di media sosial, bahawa dunia hari ini dibawah sistem pemerintahan Dajjal.
Di manakah sistem pemerintahan ini berada? Sudah pasti ia dalam keadaan tersembunyi.

1. Sejauh mana kebenaran mengatakan bahawa dunia hari ini diperintah oleh sistem pemerintahan Dajjal dan bagaimana ianya dilakukan?

 

Pertama sekali, kalimah Dajjal merupakan kalimah yang disebut dalam hadith Nabi SAW. Ada Hadith dari Ibnu Muslim, Nabi bersabda
" Diantara Nabi Adam hingga datangnya hari kiamat akan ada makhluk yang besar bernama Dajjal" - al hadith.
Dajjal disebut dalam hadith tersebut sebagai Al-Aqwar Al-Kazam (seorang manusia pendusta dan pembohong) iaitu penipu yang melampaui batas.

Ertinya, daripada satu sudut menunjukkan bahawa Dajjal ini makhluk yang akan muncul. Itu tanda kiamat semakin hampir. Dajjal akan muncul dalam bentuk manusia.

Tetapi kita bercakap tentang JEMAAH DAJJAL. Isunya adalah isu kedajjalan. Isu keburukan akhlak manusia yang menyalahguna kuasa. Dalam sikap tamak haloba, dalam kerakusan, suasana menipu, mengadu domba, melakukan jenayah terancang secara sandiwara demi melangsungkan keperluan mereka.

Sistem pemerintahan dajjal, mereka berbincang bagaimana 'memakan daging manusia yang tidak bersalah dan tidak berdosa'. Inilah hakikatnya.

Walaupun Dajjal sebenar belum keluar, tetapi kedajalan itu telah disistemkan. Itulah kenyataan. Mereka berbincang, mereka bersatu siang dan malam demi memporak-perandakan masyarakat.

Umat islam perlu ingat yang kita bukan sekadar menonton dan menunggu dajjal dengan mata sebelahnya, tetapi perhatikan sistem hari ini yang telahpun merosakkan wibawa serta akhlak kita.

Ini adalah satu peringatan.

Nabi bersabda
" janganlah orang mukmin jatuh ke dalam lubang biawak 2 kali" - al hadith
Bermakna, cukup cukuplah kalau kita selama ini diporak-perandakan, maka, kita perlu bangun untuk mendewasakan kehidupan kita.

2. Jika dilihat didunia ini, ada 2 bilion umat islam, daripada 2 bilion ini, kita ada 16 juta di Malaysia, mampukah orang islam melepaskan diri daripada sistem Dajjal?

Dalam islam, soal kuantiti bukan ukuran tetapi soal kualiti, Allah berfirman, bahawa golongan sedikit boleh menumpaskan yang banyak. Sejarah islam memaparkan kepada kita di dalam perang Badar, tentera islam yang sedikit, tetapi kualiti iman yang mantap, kepimpinan yang teguh mengalahkan tentera yang lebih besar jumlahnya.

Kualiti adalah segalanya, bukan kuantiti. Jelas menunjukkan tiada yang mustahil.
2 bilion merupakan aset insan buat umat islam, sedangkan orang yahudi hari ini ada lebih kurang 7 juta orang, tetapi berjaya mengawal 2 bilion umat islam. Adakah ini tanda akhir zaman?

Jika dilihat matematiknya, kuantiti memang diperlukan, tetapi Nabi bersabda 
" kamu akan tengok kamu ramai seperti buih di atas air" - al hadith.
Hilang kualiti iman, hilang kualiti ilmu, hilang kualiti taqwa. Maknanya, kamu hidup dalam suasana tidak memiliki apa apa.

Menunjukkan bahawa persoalan asas adalah bagaimana kita nak tingkatkan kualiti iman?
Dalam apa apa situasi, gabungan kualiti dan kuantiti adalah gabungan mantap. Bila umat islam ada kuantiti yang cukup, dan kualiti yang padu, islam akan capai kemenangan.

Firman Allah " bila kamu bersama Allah, Allah akan membantu kamu dan memenangkan kamu"

Allah memberi pesanan supaya kita menjadi orang yang berkualiti.

Surah al anfal, ayat 27


Al-'Anfāl:27 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Ulama besar Abu Hassan Al Nadawi, menyatakan bahawa sesuatu amanah apabila dicerai-beraikan dan dileburkan oleh nafsu dan syahwat, hasilnya kedajalan itu datang. Bermakna, amanah hilang, maksiat akan datang, kejahatan akan masuk, kejahilan berleluasa.

Kedajalan tidak akan datang jika amanah itu dipertahankan dan amanah paling besar adalah amanah kepimpinan.

Sebelum keluarnya Dajjal yang sebenar, sistem dalaman Dajal telah wujud dan mencengkam seluruh penduduk dunia. Sistem yang menjadikan agama sebagai musuh paling besar. Sistem yang meroboh nilai keagamaan.

Adakah kita boleh mengenal rupa paras, penampilan untuk menentukan orang itu baik atau berniat jahat. Kelompok dajjal ini juga sukar untuk dikesan, namun, mereka hadir untuk merosakkan seluruh jemaah manusia. Mereka menjadikan agama dan Tuhan itu sebagai simbol penentangan dan permusuhan.

3. Bagaimana membezakan orang tersebut baik atau jahat? Bagaimana hendak mengenal jemaah dajjal ini?

Sandiwara, lakonan, boleh sahaja dilakukan. Sesiapapun dikalangan manusia, apalagi di pentas dunia, dimana mereka bersidang atas nama isu kemanusiaan, kemiskinan, peperangan, kenegaraan yang tidak selesai.

Yang kita takuti adalah mereka bincang bagaimana untuk mengharu-birukan manusia dengan ketrampilan mereka. Ini sebenarnya Nabi tidak sebut, tetapi Nabi suruh bayangkan :
"orang mukmin ada 5 ujian datang kepada mereka," antaranya " orang kafir yang nak serang orang islam" 
Sebagai contoh, protokol zionis adalah dengan cara meracun orang islam dengan liberalisme sehingga agama ditinggalkan. Kita diracun juga dengan free thinker. Ini semua satu perancangan.

Wajah ini diluarnya elok, tetapi di dalamnya penuh dendam.
Sebagai contoh serangan kedajalan di dalam media sosial yang telah meleburkan akhlak anak muda.

Ini merupakan elemen yang menimbulkan kekacauan. 1 fakta disebut oleh Abu Hassan Al Nadawi di dalam tulisan beliau, 
"apa kerugian orang islam dengan kehancuran dan isu orang islam hadapi?"
Musuh dipentas umat islam, mereka menunjukkan suasana hidup orang islam tetapi mereka tunjuk disebalik itu rasa menekan kepada orang islam dengan elemen politik, ekonomi dan sosial.Kita perlu kenal musuh kita supaya kita kenal kelemahan dan kekuatan kita.

Surah luqman ayat 6


Luqmān:6 - Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

4. Mungkin ramai yang ingin tahu mengenai New World Order yang dikaitkan dengan salah satu bentuk pemerintahan Dajjal. Mohon penjelasan.






Dalam islam tidak pernah mengharamkan sesuatu yang baik, Nabi SAW bersabda


 "ilmu ini satu benda yang hilang daripada orang islam." Al hadith
Ertinya sistem teknologi moden. Apa yang baik itu adalah barang hilang kepada kita. Bila ada, kita ambil dia, sebagai contoh program halaqah ini untuk kembali perbetul persepsi agama kita. Jadi kita peroleh kekuatan.

New world order adalah sistem barat yang dicipta untuk memodenkan dunia yang berpaksikan membunuh hati umat islam. Membunuh akhlak umat islam, membunuh jiwa umat islam dan meleburkan ikatan hati umat islam. 

Bagaimana harus kita hadapi? Dengan membangunkan persepsi masyarakat melalui majlis ilmu seperti halaqah agar kembali kepada nilai keimanan untuk kita hadapi situasi yang lebih besar. 

Seorang ulama islam, Al Qardawi :
 " pasti bila umat islam ada kekuatan yang penuh dengan kekuatan hati dan jiwa, mereka akan menang dalam apa sahaja mereka lakukan"
Ertinya, jika kita menyalahkan Jemaah Dajjal, mereka tidak bersalah. Kerana itu kita perlu cari kebenaran.

Menurut umar Al khattab :
" kita adalah makhluk yang mulia kerana islam yang kita bawa, jika kita tinggal islam, kita akan dihina Allah"

New World Order jika dibawa dalam konteks betul, ia betul tetapi jika kita ambil sebagai jalan hidup, ia salah dan ia akan merosakkan kita.

5. Adakah kita telah terlewat untuk merangka kesedaran kepada umat islam tentang jemaah dajjal ini?


Soal kelewatan itu tidak penting, yang paling penting ialah

1. sejarah telah menunjukkan musuh tidak berdiam diri. Ada ungkapan menyebut "kufur di atas rel yang sama dari zaman mana sekalipun sampai kiamat, orang kafir tidak akan berdiam diri"

2. Isu dalaman umat islam iaatu bagaimana umat islam perlu ada kekuatan sendiri. Jangan sampai akidah kita dibenam, dan kita menjadi pemangkin New World Order ini.

3. Kesatuan antara kita. 

Soal lewat tidak sama sekali, agama islam sentiasa benar hingga kiamat. Islam adalah agama yang akan dijaga oleh Allah. Islam adalah agama yang akan memimpin dunia.
Nabi bersabda
" Dajjal akan dibunuh Nabi Isa"
Kita boleh menghapuskan kedajalan ini dengan ilmu, hati dan perpaduan.
Penyelesaiannya hanya satu iaitu kembali kepada akar agama, kembali kepada pegangan agama.

#halaqahtv9
Ustaz roslan mohamed
Ustaz tarmizi abdul rahman.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?