PENGALAMAN MENJALANI RAWATAN DI FERTILITY CLINIC (KLINIK KESUBURAN) siri 1
Selepas berkahwin lebih 2 tahun, pasti orang akan tertanya kenapa masih belum belum ada 'isi' lagi? dan secara tidak langsung...pasti orang akan beranggapan bahawa isteri anda MANDUL.
TAHUKAH ANDA?
Bahawa kemandulan berlaku kepada lelaki dan perempuan pada nisbah yang sama....50% masalah kemandulan berlaku kepada lelaki dan 50% lagi bermasalah kepada perempuan..
Disini aku nak kongsi pengalaman aku ketika aku pergi ke Klinik Kesuburan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh...
2 tahun selepas pernikahan aku, aku masih belum dikurniakan anak membuatkan aku tertanya, adakah ada masalah dari salah seorang dari kami...aku mengambil keputusan untuk terus membuat pemeriksaan air mani (Semen Analysis) di Hospital Metro...sebuah hospital swasta khas untuk Wanita dan pakar kesuburan...
Sehari kemudian, keputusan yang aku tunggu pun tiba...aku termanggu kerana aku mendapati keputusannya tidak menggembirakan aku..aku mengalami masalah Oligispermia (kekurangan bilangan sperma dalam air mani)..kalau nak tau lebih lanjut boleh klinik kat link ni...http://en.wikipedia.org/wiki/Oligospermia...
Pelbagai kiraan digunakan untuk mengenalpasti masalah yang berlaku pada seorang lelaki antaranya...
1. Isipadu air mani untuk satu pancutan iaitu mesti (>1.5ml)
2. Jumlah sperma dalam 1ml air mani iaitu mesti ( >21 juta)
3. Sperma hidup iaitu mesti ( > 40% hidup)
4. Sperma bergerak iaitu mesti (>60% bergerak)
5. Jumlah keseluruhan sperma dalam air mani mesti (>63 juta)
Kiraan di atas ni adalah kiraan normal yang sepatutnya ada untuk seorang lelaki normal....
Semen Analysis untuk aku pula agak kurang pada bilangan sperma...
1. Isipadu air mani (3ml)
2. Jumlah spema dalam 1ml air mani 7 juta sahaja
3. Sperma Hidup 57%
4. Sperma bergerak 60%
5. Jumlah Keseluruhan sperma 21 juta sahaja...
Jadi doktor sahkan aku mengalami masalah kurang sperma (oligospermia)
JUMPA DOKTOR PAKAR
Berbekalkan keputusan yang aku dapat...aku mendapatkan temujanji dengan doktor pakar di klinik kesuburan di Ipoh....sebab aku pun kerja kesihatan, jadi aku tidak kekok untuk berjumpa doktor...Bila jumpa doktor, doktor tengok keputusan ujian aku, dia terus cakap "takpe, tak de masalah besar sangat...walaupun kurang, tapi kita boleh tingkatkan kualiti...kualiti tu yang penting" aku pun senyum je tanda setuju...kemudian, dia arahkan aku untuk membeli ubat (Tribextan) sejenis ubat herba yang dikatakan mampu meningkatkan jumlah sperma lelaki..dia juga arahkan isteri aku menjalankan pemeriksaan darah untuk hari ke-2 kitaran haid dan hari ke-21 kitaran haid serta pemeriksaan xray pada rahim iaitu Histerosalpingogram (HSG)....tarikh temujanji yang akan datang tidak diberikan tarikh khusus sebab dia perlu ikut kitaran haid perempuan...tarikh yang akan datang ialah selepas semua pemeriksaan yang doktor arah buat tu siap dan datang semula pada hari ke 2 haid.....untuk perempuan aku tak nak cerita banyak sebab rumit sikit...pemeriksaan perempuan perlu mengikut tarikh kedatangan haid...untuk topik ni, aku nak tumpu pada pemeriksaan lelaki....
Selepas 3 bulan, aku berjumpa semula dengan doktor, kali ni doktor lain pulak, doktor perempuan, sebelum ni aku jumpa doktor lelaki...bila aku masuk je, dia tak tanya banyak, dia cakap dia malas nak baca hal sebelum ni cuma dia cakap " ni teruk sangat ni keputusan air mani, tak boleh buat ape dah" aku tergamam dan diam...isteri aku berubah wajah...tanpa melihat keputusan ujian isteri aku terus dia arahkan aku buat ujian air mani sekali lagi...kali ni dia nak aku buat ujian dia hospital ini juga...dia juga suruh aku sambung makan Tribextan)....aku pun akur....
HAKIKAT SEBENAR
1. dari hari pertama doktor arahkan aku makan ubat Tribextan aku tak pernah beli pun ubat tu..
2. aku cuma makan Vitamin B complex, Zinc, L-Carnitine, dan HQ10...
SEBAB
1. ubat tribextan tu terlalu mahal berharga antara rm160 - rm250 untuk sebulan makan
2. Banyak kajian dilakukan untuk ubat ni dan pelbagai pendapat yang keluar, ada yang bagi tau ubat ni hanya berkesan kepada tikus sahaja dan ada juga yang mengatakan ia mampu memberi kesan yang sangat bagus untuk meningkatkan sperma lelaki...
3. aku ambil keputusan untuk tidak menggunakan ubat ini sebab aku buat bacaan tentang penghasilan sperma dan kualiti sperma.
4. Kebanyakkan doktor pakar kesuburan akan menasihatkan lelaki untuk ambil makanan yang mengandungi pelbagai nutrisi supaya dapat membantu menambah kualiti sperma..nutrisi - nutrisi tu terkandung dalam vitamin yang aku nyatakan diatas tadi...
SELEPAS 2 MINGGU
Aku berjumpa semula dengan doktor pakar kesuburan dengan hasil keputusan Semen Analysis yang baru...Hasilnya....menggembirakan aku...
1. Jumlah air mani 3ml (sama)
2. Jumlah sperma untuk 1ml >40juta
3. Jumlah pergerakan sperma >80%
4. jumlah keseluruhan sperma >145juta
Ujian sperma ke 3 untuk prosedur (iui -intrauterine insemintion)
ketika ini, aku telah berhenti mengambil supplement yang aku ambil sebelum ini.
1. Jumlah air mani 3.5ml
2. Jumlah sperma dlm 1ml > 35juta
3. Jumlah pergerakan sperma 75%
4. Jumlah keseluruhan sperma 115juta
5. Jumlah mati 50juta
6. Jumlah selepas dipilih 65juta
ujian sperma ke 4 utk prosedur iui ke dua
aku masih tidak ambil supplement
1. Jumlah air mani 3.5ml
2. Jumlah sperma dlm 1ml > 32juta
3. Jumlah pergerakan sperma 71%
4. Jumlah keseluruhan sperma 100 juta
5. Jumlah mati 45 juta
6. Jumlah selepas dipilih 55 juta
hasil ujian sperma ini aku mendapati bilangan sperma dan kualiti berkutangan tanpa supplement tetapi, tanpa supplement, bilangan sperma dan kualiti sperma masih pada tahap normal.
Aku memanjatkan rasa syukurku ke hadrat Ilahi...ALhamdulillah...perasaan ni tak dapat aku bayangkan...aku bersyukur sangat....Jadi aku harap kepada para lelaki yang mengalami masalah yang sama macam aku, jangan berputus asa sebab ALLAH tu Maha Berkuasa...Maha besar...macam2 dia boleh jadikan...Mungkin juga keputusan di Hospital swasta tu tak betul atau ini mungkin keajaiban Allah...
Isteri aku juga tiada masalah dengan ujiannya....tetapi isteri aku masih belum mengandung lagi...mungkin ujian yang Allah nk bagi pada aku supaya lebih bersabar..
Sekian...
Pengalaman ni aku akan sambung lepas selesai semua rawatan kesuburan pada masa akan datang...Sesiapa yang terbaca blog ini...doakan kami untuk mendapat zuriat yang pertama...
Terima kasih ye...
Oh satu lagi...para lelaki yang ada masalah Kurang Sperma...jangan putus asa...anda masih ada harapan lagi...jangan lupa doa dan minta PADANYA agar kita sama2 dapat zuriat...insyaallah......
Mcm mana skrg tuan??boleh tak sy hubungi tuan...email ke. .ada bnda sy nak tnya berkenaan prkara ne ..sbab sy pun oligospermia
ReplyDeleteMcm mana skrg tuan??boleh tak sy hubungi tuan...email ke. .ada bnda sy nak tnya berkenaan prkara ne ..sbab sy pun oligospermia
ReplyDeleteboleh email ke ahmadazzran86@gmail.com
Delete