Salaf, wahabi, Maturidiyyah, Assyairah....?

Soalan

Sy nk bertanya anak johor... lepas smyg jemahat tu ade doa kan... masa doa tu dia ada sebut ahli sunnah wal jamaah aliran ape tah aku x berapa jelas, yg jelas dengo al maturidiah... boleh jelaskan x kenapa ada menjurus ke aliran tertentu, ade berapa aliran sbenarnya, dan aliran lain tu kira terpesong ke... maaf aku mmg betul2 ilmu x tinggi.

Jawapan.

بسم الله الرحمن الرحيم،

Para sahabat yang aku sayangi dan hormati.
😄
Berkenaan dengan berapa aliran ini.

Hakikat sebenarnya aliran sebenar kita adalah datang dari Rasulullah SAW.

Rujukan kita Al-Quran dan Hadis dari Rasulullah SAW.

Namun, apabila Rasulullah SAW wafat, maka, banyak pandangan yang keluar dari para sahabat untuk memahami agama Islam ini.

Pastinya cara penyampaiannya berbeza dari Rasulullah SAW. Oleh itu tidak mustahil pelbagai pandangan akan wujud.

Era kita pula semakin jauh dari zaman Rasulullah SAW dan sahabat, maka, lebih banyak perbezaan pandangan yang berlaku.

Secara asasnya.

Perbezaan pandangan terbahagi kepada beberapa jenis.

Pandangan mazhab feqah (cara hidup)

1. Abu hanifah (hanafiyyah)
2. Maliki (Malikiyyah)
3. Syafie (Syafieyyah)
4. Ahmad (Hanabilah)

Mazhab aqidah juga terbahagi kepada beberapa aliran.

1. As-syaeirah
2. Al Maturidiyyah
3. Salaf
4. Wahabi
5. khalaf

Nampak seperti pecahan mazhab atau pandangan, tetapi sebenarnya mereka ini adalah ahli sunnah yang berpegang kepada nas asal.

Kita semua sama, muslim yang beriman kepada Allah dan RasulNya.

Iaitu Al - Quran dan Hadis.

Selagi mana tidak melanggar 2 sumber utama ini. Maka, kita berada pada jalan yang sebenar.

Jadi kenapa bergaduh?

Kerana cara faham yang berbeza.

Salaf menggelar golongan assyaeirah dan maturidi ini ahli bidaah dan suka membidaahkan orang lain.

Golongan Assyaeirah dan maturidi ini pula melabel salaf ini sebagai wahabi. Dan menuduh golongan ini sebagai sesat.

Kerana itu peperangan ini tidak berkesudahan.

Bagi yang mengikuti kedua2 aliran ini, pasti akan perasan bahawa perjuangan mereka ini bermatlamat sama.

Iaitu menegakkan Al-Quran dan Sunnah.

Jika kita fikir, apa aliran Rasulullah SAW dan para sahabat?

Paksi mereka adalah Al-Quran dan hadis.

Inilah pegangan kita.

Maka, jangan pening dengan apa yang berlaku.

Kita perlu sedar dan mendalami ilmu agama agar kita tidak terkeluar dari ahli sunnah ini.

Kita perlu kekal di dalam kalangan umat Islam yang sebenar.

Inilah Pentingnya menuntut ilmu.

Moga penerangan ini sedikit sebanyak membantu sahabat2 yang aku sayangi untuk faham tentang mazhab.

Tidaklah aku memiliki ilmu yang banyak, sekadar apa yang aku telah pelajari, dan aku kongsikan bersama.

الله اعلم.

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?