Belajar agama tetapi perangai teruk

Saya terima satu soalan :

Ramai anak - anak muda yang telah belajar agama di Mesir, Arab Saudi, Yaman. Tidak kurang juga yang belajar di pondok dan Univeraiti tempatan. Mereka belajar kitab dan memahaminya. Tetapi di dapati sebahagian daripada mereka masih juga berperangai teruk. Saya pun tidak faham. Apa pandangan Ustaz?

Jawapan saya..

Sahibus Samahah,
Dr. Zulkifli Al-Bakri dalam petikan Al Kafi ada menyatakan bahawa :

Orang yang beragama dengan orang belajar agama perlu di bezakan.

Orang yang beragama adalah orang yang belajar agama dan mengamalkan apa yang dipelajari.

Manakala orang yang belajar agama, sekadar belajar sahaja tetapi belum tentu mengamalkannya.

Saya menambah dari petikan di atas, sekiranya orang menjadikan Islam itu Ad din, maka, hidupnya pasti menzahirkan Al-Quran dan As-Sunnah.

Namun, orang yang belajar agama sahaja, hidupnya sekadar petah menbicarakan hal agama, ayat Al-Quran dan matan Hadis berada di hujung bibir sahaja. Tetapi hidupnya pudar dari Al-Quran dan Sunnah.

الله اعلم......

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?