MEMBAIKI KEROSAKAN AIRCOND PERDANA V6

SE-AWAL KEJADIAN

Ketika aku melanjutkan pelajaran aku di Sungai Buloh, Selangor... kereta aku mengalami aircond yang tidak sejuk selepas aku terlanggar takungan air yang banyak dengan kelajuan (50km/j - 60km/j) 3 minggu sebelumnya... Kereta aku terpaksa dibawa ke bengkel dan di tinggalkan selama 8 hari untuk fully overhaul... Air masuk enjin dan segala kaki piston 6 batang tu bengkok kerana sejuk tiba2 selepas perjalanan jauh akibat air masuk melalui air filter box.... 8 hari dalam bengkel...fully overhaul memakan kos rm 3800... tapi kereta menjadi semakin sedap dibawa.... hehe...

Namun Begitu, selepas beberapa hari Aircond menjadi semakin kurang bernyawa "macam ayat novel pulak" :p.... aku pun pergilah  ke kedai air cond untuk memeriksa......


KEDAI PERTAMA ( BATU 17, KUANG)

Pekedai : Kenape bang?
Aku : air cond tak sejuk la, boleh check?
Pekedai : kereta ade buat ape2 tak sebelum ni?
Aku : hari tu ada langgar air, hantar baiki, bawa turun enjin
Pekedai : oh, takut ada bocor bang

Beberapa ketika dia memeriksa hos dengan air sabun untuk melihat buih2 mengembang..... tetapi kelibat tanda kebocoran tidak kelihatan...

Pekedai : setakat ni tak nampak bocor bang, kita isi gas dan tengok keadaan camna...ok bang?\
Aku: ok, tak de hal

Aku menerima cadangannya kerana aku sendiri menyaksikan tiada tanda kebocoran dan kos pemeriksaan sekali tambahan gas rm40... dan aku terus menggunakan kereta aku seperti biasa...
Selepas lebih kurang 2-3 minggu, aircond menjadi semakin tidak berasa... kebetulan aku pulang ke kampung halaman isteriku di Bandar Taiping, Perak

Utara Perak, 2014

KEDAI KEDUA ( Batu 2 1/2, JALAN TAIPING - KUALA SEPETANG )


Pekedai : Apasal bang?
Aku : Air cond tak sejuk la, baru 3 minggu isi gas dah tak rasa sejuk, try check tengok apa cite...

Dia pun memulakan kerja memeriksa dan memasang alat yang diperlukan dan keputusan diberitahu segera...

Pekedai : Gas kurang bang, dekat separuh... saya ingat ade bocor ni...tapi mungin kecik
Aku : Yaka, boleh check bocor?
Pekedai : Boleh bang, tapi lambat sikit bang
Aku : tak pe, boleh tunggu

Dia pun menjalankan tugas... Seperti biasa... menggunakan sabun.... Sabun dilalukan di hos, di tabung gas dan diperiksa dengan teliti menggukan lampu suluh... 

Setengah Jam berlalu

Pekedai : tak de bocor la bang...
Aku : habis camna gas boleh kurang?
Pekedai : kalau kereta xjalan lama gas bole kurang jg, kena isi gas la bang...
Aku : Berapa sekali isi gas?
Pekedai : Rm80
Aku : tak pelah, tak payah isi gas
Pekedai : ok bang, rm 60 je

Aku terus membayar kos upah memeriksa dan berlalu... caj yang dikenakan agak mahal dan gas yang digunakan adalah gas lama yang tidak sesuai dengan kereta aku.. aku rasa ada yang tak kena dengan kedai itu kerana perkara paling basik untuk isi gas kereta perdana v6 dia tidak tahu... jika gas lama tu dimasukkan kedalam kereta aku, maka seluruh sistem kereta aku akan  mengalami gangguan.... oleh sebab itu aku membatalkan hasrat untuk mengisi gas tersebut....

Esoknya.... 

KEDAI KETIGA ( berhampiran stesen bas Taiping, Bandar Taiping)

Pekedai : Kenapa encik?
Aku : Aircond tak sejuk la, baru 3 minggu isi gas
Pekedai : Check gas tengok dulu

Dia pun memulakan kerja memeriksa gas

Pekedai : Gas kurang banyak, dekat separuh habis dalam 3 minggu... besar juga bocor ni
Aku : yeke, boleh check tak?
Pekedai : Boleh, tapi masa panjang sikit la encik
Aku : takpe, saya boleh tunggu

Pekerja dia seramai 3 orang memeriksa kereta aku, seorang memeriksa hos di bahagian enjin, seorang memeriksa cooling coil di bawah dashboard dan seorang lagi menyediakan keperluan pemeriksaan kebocoran...
cooling coil dibuka dan dimampatkan dengan udara untuk direndam didalam takungan air..

Walaubagaimanapun, tiada kebocoran dapat dikesan, pemeriksaan hos juga tiada kebocoran dapat dikesan..

Pekedai : takde bocor la encik, kena check kompressor dgn condenser..takut ade bocor situ..
Aku : lama ke nak check
Pekedai : Lama jg, kena datang pagi, sekarang tak boleh la, kedai nak tutup..

Oleh kerana aku nak balik ke Sg. Buloh, jadi aku hanya menambah gas untuk keselesaan perjalanan, kos yang dikenakan adalah rm80

Kesejukan aircond dapat bertahan lebih kurang 2 bulan.. Bermakna ade kebocoran yang tak dapat dikesan..

3 bulan ke-hadapan....
Utara Perak,

Setelah tamat latihan lanjutan pelajaran aku, aku kembali semula ke tempat aku bertugas di Bandar Taiping, keadaan aircond kereta yang semakin teruk membuatkan aku terniat untuk membaiki aircond...kira buat full check up.. mungkin kena letak seharian untuk baiki...

Pada  tengahari Sabtu, aku menuju ke kedai berdekatan stesen bas bandar taiping untuk melakukan pemeriksaan...

Aku : hari tu you ada suruh saya datang balik check condenser dan kompressor... itu hari sudah check hos dan cooling coil, tak de bocor... gas tahan 2 bulan lebih je... lepas tu tak sejuk..

Pekedai : ok2, nanti kita check

Mereka menjalankan kerja pemeriksaan semula, sampai lah pada condenser di keluarkan dan di pam udara untuk dimampatkan kemudiannya direndam di dalam air. banyak betul udara keluar menandakan kebocoran berlaku...


condenser perdana V6

Kompesssor turut diperiksa untuk memastikan  tidak berlaku masalah...

condensser kemudian di tukar dan kompressor di isi dgn minyak untuk kelancaran dan akhir sekali gas di tambah semula...

Kos pembaikan penukaran condenser air cond perdana v6 aku ber jumlah rm400...

Condenser : RM280
Gas : RM50
Minyak kompressor : RM30/botol

Total : RM400

Aircond telah kembali sejuk dan aku tengah menunggu beberapa minggu untuk memastikan aircond ni terus sejuk dan kekal sejuk....

Duit pun terbang............Macam burung...hehehe


27/4/2015
 sebulan selepas pembaikan.......

Aircond kereta aku masih kekal sejuk seperti baru servis....
Alhamdulillah... bajet rm400 memang berbaloi di kedai servis aircond di Bandar Taiping berdekatan stesen bas Taiping....


Comments

  1. Salam blh tau ape nama kedai x?

    ReplyDelete
  2. kedai di taiping x ingat, cari stesen bas Taiping, kedai aircond 1 je di situ. Satu blok dengan kedai borong. Kedai aircond ni kedai cina.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih