Berjalan ke Kertih, Terengganu

19/2/2015 (Khamis)


Sempena cuti tahun baru cina, sepupu aku akan melangsungkan perkahwinannya di Kertih, Terengganu..jadi aku pun amik kesempatan ini untuk bercuti ke Negeri Penyu ini.
Perjalanan ke Kertih, Terengganu dimulakan jam 1130am... kerana cuti tahun baru cina 2015 baru bermula, maka, berpusu pusu jg lah org memenuhi jalan menuju ke Bentong...
Dari Sg. Buloh menuju ke Bentong mengambil masa 2 jam kerana kereta memenuhi jalan.. Jalan sesak hingga ke Karak...selepas Karak...baru lah jalan lancar semula
Tiba di tol jabor, jalan menjadi sesak semula, 5km panjang n lebih sejam kami perlu beratur untuk membuat bayaran tol
Kami tiba di Kertih jam 740pm..lebih 7 jan perjalanan kerana kesesakan lalu lintas...

20/2/2015 (Jumaat)


Pada pagi jumaat selepas solat subuh, kami merancang untuk bersarapan di luar, pak cik membawa kami bersarapan di RANTAU CATERING yang berada ditepi jalan utama Kemaman - K. Terengganu 1km dari Petronas di situ menghala ke K. TERENGGANU... pelbagai hidangan sarapan pagi yang menarik disediakan antaranya :
1. Nasi Lemak
2. Nasi Kerabu
3. Nasi Dagang
4. Lontong
5. Nasi Minyak
6. Pulut Nyioq ikan masin
7. Laksam
8. Aneka kuih muih

Rasa makanan disini agak sedap cukup berperisa ala pantai timur.. nasi dagangnya sungguh menyelerakan dan tidak kurang juga nasi lemak serta laksamnya

Kemudian kami ke Pasar Tani Kertih mencari bahan mentah... Pasar Tani ini hanya dibuka pada pagi Hari Jumaat sahaja yang terletak berdekatan dengan SMK Kertih dan SK Kertih.. 300m selepas sekolah tersebut...
Jika bertandang ke Pasar tani ini, pelbagai jenis makanan, bahan mentah, sayur sayuran, pakaian dan keperluan harian terdapat disini....
Disebabkan Kertih adalah bandar ke 3 paling tinggi taraf hidup, jadi barang2nya pun bernilai tinggi..bahan mentahnya agak mahal berbanding tempat lain..

Namun, pakaian wanita yang dijual disini agak cantik dan murah...t shirt muslimah yang dijual jg mempunyai fesyen terkini serta cantik dan harga yang ditawarkan sekitar rm10 - rm15..

Di Pasar Tani ini juga terdapat jualan pelbagai jenis keropok keping yang bole menjadi pilihan buah tangan untuk dibawa pulang.. peniaga syorkan utk membeli keropok yang menggunakan tepung sagu kerana keropok akan menjadi lebih sedap dan garing... saya memilih keropok ikan sagu sebagai pilihan utk dibawa pulang..

Kami sempat singgah berkelah di hutan lipur air terjun Menderu di Kg. Chabang...  sungguh menyegarkan serta menenangkan... cuma laluan ke sana agak berdebu kerana ada pembinaan jalan di lebuhraya pantai timur..

Selepas itu, kami balik ke rumah pakcik utk bersiap ke masjid bagi menunaikan solat jumaat...

21/2/2015 (Sabtu)

Kami bertolak pulang pada tarikh yang telah dirancang.... sebelum pulang ke Pantai Barat, kami sempat singgah di kedai keropok lekor 909 di tepi jalan dekat dengan pekan Kijal.... Di sini bukan sahaja keropok lekor, tetapi terdapat pelbagai jenis makanan hasil laut untuk dinikmati... semuanya hasil buatan bumiputera muslim sendiri...

Keropok lekor yang disediakan amat menarik...hanya rm 5.00 sebungkus dengan 10 batang keropok lekor di dalam....

Boleh juga singgah di sempadan Terengganu - Pahang..... terdapat banyak kedai di sini yang menyediakan  keropok lekor dan pelbagai makanan Pantai Timur yang boleh dibawa pulang ke Pantai Barat...

Perjalanan ke Selangor diteruskan dan tiba di Selangor pada jam 8.30mlm....

Selamat Berjalan....

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih