Kueh Tiow Terbaik di Taiping, Perak


Tempat Makan Pilihan

Taiping, Perak

Ada antara kita yang menjadi penggemar Kueh Tiow Goreng. Kebanyakkan orang akan merasakan bahawa kueh tiow goreng udang atau kueh tiow goreng kerang menjadi pilihan TERBAIK




Di Taiping, ramai orang mengenali kueh tiow goreng DOLI yang terletak di Jalan Tupai....
Walaubagaimanapun, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat kueh tiow goreng di gerai lain yang mampu menandingi DOLI bahkan, pada penulis sendiri, Kueh tiow di tempat ini adalah lebih baik dari kueh tiow DOLI.

KUEH TIOW GORENG KOBOI.

Jarang dengar KOBOI jadi nama kedai...Mungkin kerana pakcik yang jual kueh tiow ni suka goreng kue tiow sambil pakai pakaian koboi menjadikan gerai ini dinamakan sebagai Kueh tiow Goreng KOBOI..
Memang best kue tiow yang dimasak dengan api yang panas, bahan2 yang segar serta perasa yang mencukupi. Gerai ini juga menyediakan menu masakan panas yang lain... Memang Syok...

Penulis amat meyarankan tempat ini menjadi pilihan untuk menjamu selera pada waktu malam.

Gerai ini terletak di Pekan Simpang, Taiping..
Dari Lampu isyarat Tol Taiping Utara  mengarah ke Changkat Jering , akan berjumpa JPJ di sebelah kiri...terus dan akan berjumpa stesen petrol BHP, ke hadapan lebih kurang 50 meter, ada lorong ke kiri dengan banyak kawasan kedai dan medan selera..terus mengikut jalan dan gerai kueh tiow KOBOI ada di sebelah Kanan dengan PAPAN TANDA Biru Topi KOBOI putih... Gerai Mula Dibuka Jam 6 Petang...

  

KUEH TIOW GORENG ANAK JATI

Gerai Kueh Tiow ini kurang didengari oleh orang kerana gerainya kecil dan sedikit suram.. Penulis dapat maklumat pasal gerai ini selepas berkahwin dengan isteri. Katanya, ketika bujang di pernah ke sebuah gerai kueh tiow di kawasan tersebut. tapi, Gerai itu sukar dicari.

Ternyata memang sukar kerana ketika penulis mencari kedai ini, penulis terpaksa membuat U-Turn 3 kali kerana terlepas.. Tambahan pula tanda gerai ini hanya sebatang lampu kalimantang berwarna putih...

Ketika penulis berbual dengan pemilik gerai ini, pemilik ini rupanya seorang yang susah. Beliau sebenarnya adalah seorang peniaga sayur kecil kecilan di pasar simpang. Kerana banyak berurusan niaga dengan orang cina, Beliau menjadi fasih berbahasa cina dan telah berguru dengan seorang cina tua untuk memasak kueh tiow goreng. 

Beliau turut memberitahu bahawa dia telah bermula berniaga menjual kueh tiow goreng ini dengan gerai 1 payung sahaja hingga dapat mebuka gerai yang sekarang.. Walaupun tidak besar, tetapi, dapatlah juga dia mengembangkan perniagaannya itu..

Penulis telah merasa kueh tiow goreng buatannya, memang sedap...
Penulis amat menyarankan untuk cuba merasa kueh tiow pakcik tersebut...

Arah untuk kesana agak sukar kerana tiada Landmark yang baik termasuk kawasan yang agak gelap dan gerainya dibuka agak lewat kerana siang hari dia berniaga sayur, malam baru dapat membuka kedai...

Kedai nya dibuka pada jam 830malam.. Kedainya terletak berdekatan dengan Taman Berkat, mukim Jebong..

Arah dari Tol Taiping Utara, menuju ke pekan Simpang. 2KM dari lampu isyarat plaza Tol Taiping Utara akan bertemu Taman Berkat di sebelah kanan.  Selepas habis divider, perlahankan kenderaan dan tumpu pada sebelah kiri jalan, 100meter - 150meter akan ada lampu kalimantang putih ditepi jalan.. Masuk ke arah kiri lampu itu dan kedai ada diseberang titi...

Cubalah nikmati kueh tiow gorengnya...insyaallah.. Akan berpuas hati...

Selamat Menjamu Selera........

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?