Makan Tengahari di Kampung Melayu Sungai Buloh, Selangor

NASI MMANGGEY

Di Perak, terkenal dengan Nasi Vanggey / Nasi Ganja.. Namun lain pula kisahnya di Negeri Selangor...
Korang pernah dengar Nasi Mmanggey???
Mungkin ada yang pernah dengar atau tidak pernah sama sekali..
Perjalanan aku hari ini adalah misi mencari kedai makan / warung yang menyediakan makanan tengahari terbaik.

MISI

Ketika aku menambah ilmu di benak fikiran aku di Sungai Buloh, Selangor.. rajin juga lah keluar bersama kawan2 untuk menjamah makanan tengahari. Kalau tak cari betul2, memang makan tengahari yang di rasa hari tu pasti tidak akan memuaskan hati korang kan.

Kali ini aku mencari di kawasan Kampung Melayu Sungai Buloh terletak berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana aku dah terbiasa denagan kawasan disini, maka tidak susah untuk aku meneroka segenap kawasan berdekatan.

WARUNG KITA

Warung ini baru sahaja dibuka pada pengakhiran tahun 2014. Kawasannya agak terbuka dan mempunyai kawasan parkir kereta yang agak besar tetapi terhad. Walaubagaimanapun, makanan yang disediakan memang best. bagi yang menggemari makanan nasi bungkus, mungkin warung ini akan memenuhi selera anda.

Warung ini hanya menyediakan satu jenis makanan sahaja.  Iaitu Nasi Bungkus Ayam Cincang atau dikenali juga sebagai Nasi Mmanggey. Memang syok makan kat sini.. Nasi putih yang di makan dalam bungkusan bersama sambal belacan dan juga gulai ayam turut disajikan ayam goreng rempah yang dicincang kecil.. Sungguh menyelerakan.

Walaupun warung ini menyediakan satu jenis hidangan sahaja namun, pengunjung warung ini sangat ramai sehingga terpaksa beratur untuk membeli makanan, namun, makanan dihidangkan dengan kadar yang segera kerana pekerjanya amat mahir membungkus.

Warung ini turut menyediakan pelbagai jenis minuman dan juga dessert yang agak menarik. Bagi aku, hari ini aku lebih suka menjamu selera nasi bungkus dan coconut shake.

Harga yang dikenakan agak munasabah iaitu RM4.50 untuk nasi bungkus dan RM3.00 untuk coconut shake.

Warung kita ini terletak di hujung jalan kampung melayu sungai buloh, berdekatan dengan pasaraya G&M, dan taylor's University. Jika datang dari Hospital Sungai buloh, kampung melayu berada di simpang kanan lampu isyarat Sekolah Menengah Kebangsaan Sierramas.  ikut jalan kampung melayu hingga berjumpa simpang 4 paling akhir sebelum kawasan kilang dan industri. Warung kita berada disebelah kanan jalan.

WARUNG Depan Hospital

Warung berhadapan dengan Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh juga tidak kurang hebat dengan sajian Nasi Campur. Kedai makcik ni menyediakan aneka juadah berlauk untuk makan tengahari. 

Pada aku, sajian yang paling best ialah Assam Pedasnya...memang Mantap...

WARUNG NASI KUKUS AYAM

Warung ini menyediakan Nasi Kukus Ayam Peha dan Kepak sahaja... Bahagian lain dia tak jual. Ayamnya digoreng dan diperisakan dengan baik. memang menepati selera orang di situ. warung tu memang selalu penuh.. jadi kalau sesiap nak pergi elok pergi sebelum waktu tengahari atau selepas waktu tengahari.

Warung ini terletak di Jalan Kuang... Jika datang dari Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh anda akan berjumpa dengan lampu isyarat dan anda harus membelok ke kiri dan meneruskan perjalanan kira kira 500 meter melalui kawasan gerai makan. Gerai makan terletak di sebelah kanan jalan bersebelahan dengan kawasan mencuci kereta.

MISI TERLAKSANA

Bagi yang menggemari masakan melayu, boleh berkunjung ke warung warung seperti di atas... Kalau ada kesempatan melawat  Sungai Buloh lah........Hehehe...

 


Semoga perjalanan anda di permudahkan......

Comments

  1. sedap... kay baru makan tadi.. hubby yg try makan memula.. beli bungkus.. hrini makan berdua kat situ dengan coconut shake.. perghhh layan....kay

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi komen di sini... Mrs efkay.... (^_^)

      Delete
  2. I just having my 1st time Nasi Mmanggey & Coconut Shake at Warung Cikgu, Bukit Puchong here. Awesome & superp delucious too! Shud try!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?