Hutang kereta : Kelebihan menghabiskan hutang awal.
Ada beberapa kali aku habiskan hutang kereta awal. kali ni saja la nak cerita apa kelebihan habikan hutang awal. Pertama kali habiskan hutang awal tahun 2017. Masa tu pakai kereta Proton Perdana V6. Pinjaman dari Public Bank selama 9 tahun. Masa tu sengkek lagi. Jadi habiskan hutang awal 4 bulan je. Tapi dapat juga rebat RM 1,286...
Ok jugak la dari tak de langsung.. haha.
Kereta kedua aku beli Perodua Bezza. Tahun 2019. Jual Perdana V6, ambil Perodua Bezza baru. kereta ni harga cash RM42k. Jadi aku dan isteri cadang bagi RM10k deposit. Lepas tu bayar bulanan RM379 untuk 9 tahun pada RHB bank. Tapi aku bayar je RM400. tahun tu juga jadi Covid. Ketetapan bayaran bulanan dari bank kerap berubah. Mula-Mula turun jadi RM375, pastu RM364, Pastu RM361, Pastu RM355. Kemudian terakhir RM377. kalau tengok perjanjian. pinjaman RM32k tu, aku kena bayar jadi RM40k. serupa macam takde deposit je. haha...
Masa ni aku dan isteri fikir untuk habiskan cepat hutang kereta. Kadar inflasi menyebabkan harga kerap berubah. dan mungkin jadi lebih tinggi. Jadi aku pun check baki bayaran. Baki semasa tahun 2022 bulan 9 RM26k++. Aku pun buat kira-kira dengan isteri. last sekali buat keputusan untuk bayar penuh.
Kami kumpul jadi RM27k. lepas tu aku pergi bank bagitau nak full settlement. diorang pun kira. Kena bayar penuh RM22k. ada rebat RM4k++. Jadi, dapatlah jimat pinjaman dari RM40k kepada RM36k.
Itu jika sesiapa yang mampu buat untuk habiskan hutang kereta awal. Aku doakan agar yang lain pun dapat selesaikan hutang kereta awal.
Comments
Post a Comment