✏️ Golongan yang Gemar Menolak Hadis
✏️ Golongan yang gemar menolak Hadis.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ketika Imam Syafie bertemu dengan gurunya Sufyan bin Uyainah al-Hilali di Mekah, mereka berbicara tentang Mu'tazilah.
Kata Sufyan bin Uyainah, Mu'tazilah memiliki sifat keburukan dalam mengingkari Hadis. Mereka meruntuhkan sistem silang rujuk ahli hadis.
Imam Syafie menyambung kata gurunya, Mu'tazilah mengingkari Hadis dengan 2 cara :
1. Menimbulkan fahaman yang rosak terhadap keadilan para perawi hadis termasuk para sahabat Rasulullah SAW.
2. Mereka mengutamakan akal berbanding syariat Allah SWT.
Sufyan Uyainah menyambung lagi, Mu'tazilah bersikao berlebih-lebihan dalam menolak hadis dengan memegang kata-kata Amr bin Ubaid al-Mu'tazili. Mereka meriwayatkan kalam bahawa "sekiranya aku mendengar sendiri Rasulullah SAW bersabda, aku pasti menolak hadis itu."
Imam Syafie melafazkan Taawwuz pada ketika itu.
Sumber : Biografi Imam Syafie.
...
Dari kisah di atas, sikap gemar menolak hadis dengan merosakan kefahaman keadilan perawi hadis wujud hingga sekarang. Gemar mendaifkan hadis dan memalsukan hadis serta menolak untuk beramal dengan hadis tertentu.
Sikap ini tidak lain kerana mendahulukan akal dari Syariat. Sedangkan para ulama telah meletakkan disiplin, kaedah dan sistem yang teratur.
الله اعلم.
Mohd Nasyran
Utara Perak
8.11pm
Comments
Post a Comment