Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut.
✏️Teori Konspirasi : Pentaksub dan Pengikut.
Tidak dinafikan bahawa perancangan rahsia yang jahat atau konspirasi wujud di dunia ini. Ia bukan lagi teori, bahkan ia hakikat yang wujud.
Ia wujud kerana dunia ini ada yang "Superior" yang ingin dunia ini berjalan menurut kemahuan dirinya atau organisasi yang terlibat supaya mereka mendapat manfaat.
Dalam kata mudah "mengambil alih kerja tuhan"
Banyak tulisan dan ucapan yang mendedahkan konspirasi. Dan hasil tulisan serta ucapan ini melahirkan pengikut dan pentaksub.
Bukti ketaksuban dan ikutan ini jelas apabila pandemik covid-19 melanda dunia. Ia menyebabkan umat Islam tidak dapat beribadah seperti biasa. Terpaksa mengikut peraturan baru yang dilihat melanggar beberapa asas ibadah.
Lalu,
Ada pihak yang menjadi penganalisis, penggemar dan penilai teori konspirasi menampilkan hujah serta kesimpulan bahawa wabak ini hanya konspirasi merosakkan umat Islam.
Manusia, penggemar kepada analisis dan kesimpulan kejutan yang menyeronokkan. Sehingga terlupa bahawa dunia ini ada Pencipta yang Maha Berkuasa.
Wabak hari ini, jika benar ia konspirasi, realiti atau zahir, ia tetap penyakit. Maka hukum Islam ditegakkan berdasarkan realiti. Bukan konspirasi.
Oleh itu,
Realiti penyakit wabak, mesti dibendung berdasarkan pandangan pakar dalam hal tersebut. Sama ada ia konspirasi atau ia datang secara semulajadi. Hukumnya tetap sama. Wajib dihilangkan.
Dalam surah Al-Fatihah ayat ke 7 ada dinyatakan 2 golongan yang kita perlu elak untuk menurut jejak langkah mereka.
Al-Fatihah 1:7
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
...
1. Golongan yang dimurkai - المغضوب. Dalam hadis memberitahu bahawa golongan ini adalah Yahudi (Jews). Bukan semata - mata Yahudi itu yang dimurkai. Tetapi meniru perangai mereka yang dimurkai itu perlu kita elak.
Iaitu Perangai orang yang ada ilmu, bijak, pandai dan alim, tetapi tidak mahu menggunakan ilmu untuk jalan kebenaran.
Ilmu yang ada digunakan untuk menyebarkan perkara yang tidak pasti atau tidak benar. Malah mengajak orang lain ke arah kesesatan.
...
2. Golongan yang Sesat - الضالين. Dalam hadis memberitahu kita bahawa golongan ini adalah Nasrani (Christian). Golongan ini tersesat kerana lebih suka menggunakan logik akal dan pemikiran sendiri untuk mencari bukti tentang sesuatu. Bila tiada bukti, maka direkayasa sesuatu untuk dijadikan hujah.
Maka, bukan sekadar Nasrani yang akan tersesat. Tetapi, yang ikut perangai mereka juga akan tersesat.
Golongan ini sentiasa rasa pandangan mereka sahaja yang betul. Pandangan orang lain salah. Kerana pada mereka, pandangan mereka sahaja yang logik. Pandangan orang lain tidak logik.
...
Ciri ini adalah ciri bagi golongan pentaksub dan pengikutnya. Mereka terdiri dari golongan yang berpendidikan tinggi. Tetapi, seringkali mencari dan mereka - reka hujah mengikut sedap hati. Seterusnya mempertahankan hujah mereka seolah - olah pandangan dan hujah orang lain tidak benar.
...
Dalam situasi covid-19 ini, pandangan pemimpin negara dan para ulama telah diputuskan. Atas keterbatasan akal manusia, ini adalah penyelesaian masa kini yang ditemui.
Seandainya ada penyelesaian akan lain, pada masa akan datang, maka, kita perlu ubah mengikut keadaan semasa. Ini kita panggil move on.
..
Sibuk dengan teori konspirasi, sedangkan kita langsung tidak menyumbang kepada penyelesaian masalah yang lebih besar.
Mohd Nasyran
Utara Perak
411pm
Comments
Post a Comment