Dosa Besar ke 68 : Berasa Aman Daripada Balasan Buruk Allah.


Rasulullah SAW diutuskan ke dunia ini sebagai pelengkap kepada kerasulan.

Sebagai tanda, agama yang Allah bawa untuk manusia ini telah sempurna.

Tiada lagi Rasul yang akan di utus.

Juga tiada lagi wahyu yang akan diturunkan.
Selain itu, Rasulullah SAW juga diutuskan sebagai pembawa khabar gembira buat orang - orang yang beriman.

Dan juga sebagai peringatan atau amaran azab daripada Allah SWT buat orang - orang yang melanggar perintah Allah.
Di dalam Al - Quran, terdapat banyak khabar gembira dalam  yang biasanya diakhiri ayat yang menyedapkan hati.

Kebanyakkannya menyebut tentang nikmat syurga dan juga sifat kasih sayang Allah SWT.
Begitu juga ayat yang berbentuk amaran serta peringatan.

Ayat - ayat itu diakhiri dengan cerita azab seksa neraka, juga sifat - sifat Allah yang maha pemberi azab mahupun kemurkaan  Allah terhadap sesuatu kaum.
Sebagai orang yang beriman kepada Allah.

Kita sangat gembira dengan nikmat yang bakal diterima dari Allah diakhirat kelak.

Tetapi, kita juga harus berasa gerun, takut dengan azab dari Allah yang bakal kota terima jika kita rngkar kepada Allah.
Takut dan gerun kepada Allah itu adalah sifat orang yang beriman.

Sekiranya kita rasa gundah dan resah dengan balasan buruk yang Allah janjikan, pastinya kita tidak akan melanggar perintah Allah SWT.
Jika kita berasa aman, tidak gerun, tidak rasa apa - apa dengan amaran yang Allah berikan.

Itu tandanya hati kita tidak lagi mempunyai iman.

Kita tidak percaya kepada kekuasaan Allah.
Cuba kita perhatikan kejadian hari ini, dimana ramai orang yang tidak takut kepada azab Allah.

Mempersoalkan hukum - hukum Islam.

Mempertikaikan tafsir - tafsir Al-Quran.

Mempersoalkan integriti para ulama muktabar.

Sehinggakan ingin mengubah semula tafsiran Al - Quran.

Yang kononnya lebih sesuai dengan suasana pada hari ini.
Bagaimana kita memandang sikap ini?

Sikap yang langsung tidak takut kepada amaran Allah.

Langsung tidak ada rasa bahawa kita ini akan kembali bertemu dengan Allah SWT.
Orang yang tidak takut kepada balasan dari Allah ini, tidak lain, hanya orang yang sombong dan bongkak terhadap Allah.

Mereka ini adalah orang yang rugi

Firman Allah SWT
Al-A'raf ayat 99

أَفَأَمِنُوا مَكْرَ اللَّهِ ۚ فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخٰسِرُونَ

Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.
Orang - orang yang berasa aman ini, Allah beri jaminan, mereka ini akan diberi kesenangan, kegembiraan di dunia.

Mereka diberi kekayaan yang luas di dunia.

Sehingga mereka lupa kepada Allah dengan kesenangan itu.

Inilah istidraj.

Lalu ketika mereka sedang bergembira, berseronok dengan dunia.

Allah datangkan azab secara mengejut.
Firman Allah

Al-An'am ayat 44

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِۦ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوٰبَ كُلِّ شَىْءٍ حَتّٰىٓ إِذَا فَرِحُوا بِمَآ أُوتُوٓا أَخَذْنٰهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُّبْلِسُونَ

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa.

Ini cara Allah mengajar mereka yang sombong kepada Allah.

Kononnya Allah itu tiada.

Allah itu hanya khayalan dan imaginasi manusia.

Tetapi mereka tidak sedar, Allah memerhatikan sahaja tingkahlaku mereka.

Saat mereka telah lupa. Seronok dengan dunia.

Allah beri satu tamparan hebat.

Ketika itu mereka terua mati dan menghadap Allah.

Tanpa sempat bertaubat kepada Allah.
Sedar-sedar, ada di padang mahsyar, dihadapan Allah untuk diadili.

Tiada lagi masa untuk memohon keampunan.

Inilah bukti kekuasaan Allah SWT
Firman Allah SWT
Yunus ayat 7

إِنَّ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا وَرَضُوا بِالْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَاطْمَأَنُّوا بِهَا وَالَّذِينَ هُمْ عَنْ ءَايٰتِنَا غٰفِلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang lalai daripada ayat-ayat (keterangan dan Kekuasaan) Kami,

Takutlah kita kepada Allah.

Kerana kita hidup ini kerana Allah.

Mati kita juga kerana Allah.

Kita hidup di dunia bukan untuk bermewah, tetapi untuk menjadi hamba Allah.
 Jadikanlah Allah itu, tujuan hidup kita.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih