Dosa besar ke 73 : Pertaruhan.
Pertaruhan adalah antara salah satu cara untuk mencabar.
Pertaruhan ini merupakan satu perjudian yang akan menguntungkan sebelah pihak dan merugikan sebelah pihak yang lain.
Pertaruhan boleh melibatkan banyak perkara seperti :
1. Pertaruhan haiwan.
2. Pertaruhan perlawanan.
3. Pertaruhan kemampuan.
Dan sebagainya.
Pertaruhan merupakan perkara keji, yang Allah larang umat Islam untuk melakukannya
Firman Allah SWT
Al-Ma'idah ayat 90
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلٰمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطٰنِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
Judi dan mengundi nasib itu adalah pertaruhan
Pertaruhan ini adalah kezaliman kerana ada Penganiayaan wujud di dalamnya.
Kerana itu, melakukannya adalah keji, meninggalkannya adalah mulia.
Mengapa pertaruhan itu keji?
Firman Allah SWT
Al-Ma'idah ayat 91
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطٰنُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدٰوَةَ وَالْبَغْضَآءَ فِى الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلٰوةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُّنْتَهُونَ
Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).
Kerana ia akan menyebabkan permusuhan dan kebencian.
Pihak yang kalah akan memusuhi yang membenci golongan yang menang
Lebih malang, perkara itu melalaikan manusia dari sembahyang. Menghalang manusia mengingati Allah
Kata pengarang kitab,
Kata pengarang kitab,
"Allah SWT juga menurunkan banyak ayat berkenaan kemurkaan Allah terhadap pemakan harta manusia secara batil.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang berkata kepada temannya, 'Marilah, aku ingin bertaruh denganmu,' maka dia hendaklah bersedekah (sebagai kafarah)"
Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.
Kata pengarang kitab,
"Apabila semata - mata ucapan itu sahaja sudah dikira sebagai maksiat yang mewajibkan sedekah sebagai kafarahnya,
Maka apa pula pandangan kami tentang perbuatan tersebut (bertaruh)?
Pelaku dosa ini termasuk dalam dosa memakan harta secara batil.
Maka, jauhkanlah diri kita, ahli keluarga kita dari kemungkaran dan kezaliman.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment