Hati kecewa dan sedih?
Saya terima permintaan untuk bercerita tentang perasaan kecewa.
Jiwa manusia ini dipegang oleh Allah.
Bahagia, sedih, gembira mahupun kecewa.
Ia adalah hak Allah.
Dan Allah beri kerana ada sebabnya.
Firman Allah SWT
Al-Baqarah ayat 155
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَىْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوٰلِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِينَ
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Kerana Allah nak uji kesabaran kita, adakah kita berputus asa dengan Rahmat Allah? Atau kita kekal sabar kerana kita tahu ia datang dari Allah.
Bila terasa sedih atau kecewa, ingatlah, bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita. Dan dia sentiasa memberi khabar gembira buat hambaNya
Hayati firman ini
Al-'Imran ayat 170
فَرِحِينَ بِمَآ ءَاتٰىهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِۦ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِّنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahwa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Semoga, hati yang kecewa tadi terubat. Kerana Allah SWT bersama dengan orang yang sabar.. 😄 😄
Comments
Post a Comment