Dosa besar ke 72 : Orang Yang Menanda Binatang Pada Wajahnya.

Menjadi kebiasaan bagi penternak haiwan, akan menanda pada haiwan ternakannya.

Ia merupakan salah satu jalan mengetahui umur haiwan tersebut atau tanda hak milik.
Sebagai orang Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kita pastinya ada sifat kasih sayang kepada semua makhluk.

Maka, memelihara hubungan baik dengan makhluk itu, secara tidak langsung akan memelihara hubungan dengan Allah.

Oleh itu, tidak wajar bagi orang Islam menanda haiwan pada wajahnya.
Kerana wajah adalah lambang kemuliaan bagi sesuatu tidak kira manusia atau haiwan.
Haram bagi kita untuk memcabul kemuliaan itu.
Diriwayatkan daripada Jabir RA, Rasulullah SAW telah melintasi seekor keldai yang telah ditanda pada wajahnya, lalu baginda Rasulullah SAW bersabda,

"Allah melaknat orang yang menandanya (pada wajah)."

Riwayat Muslim.
Dalam sebuah riwayat lain pula, daripada Jabir RA, Baginda Rasulullah SAW bersabda,

"Bukankah kamu tahu bahawa aku melaknat orang yang menanda atau memukul binatang pada wajahnya?" Baginda melarang perbuatan tersebut.

Riwayat Abu Daud.

Kata pengarang kitab,

"Sabda Rasulullah SAW bermula dengan kalimah (أما بلغكم أني لعنتن) bermaksud          "Bukankah kamu tahu bahawa aku melaknat)"

Difahami bahawa sesiapa yang tidak tahu larangannya, dia tidak berdosa, dan sesiapa yang tahu tentangnya, maka dia tergolong dalam laknat itu.

Seperti itu jugalah yang kami katakan pada kebanyakan dosa - dosa besar,

Melainkan dosa yang dimaklumi dalam agama (yang tidak diperincikan sebegini seperti syirik).

Dosa ini termasuk di dalam dosa kezaliman dan Penganiayaan kepada haiwan.
Seperti yang kita lihat dalam video yang pernah tular dewasa ini seperti :

1. Tikus yang ditangkap kemudian disimbah petrol, lalu dibakar.

2. Ritual agama yang perlu memegang seekor ayam lalu di hempas ke atas batu berkali - kali.

Dan lain - lain lagi sifat manusia yang tiada perasan kasih dan sayang.
Oleh itu, kita sebagai Muslim perlu menunjukkan sikap kita yang menyayangi dan menghormati ciptaan Allah.

Jika hendak ditanda, tandalah pada bahagian yang nampak elok dan tidak mencacatkan seperti di telinga.

Jika hendak di makan, maka bunuhlah dengan cara yang belas kasihan.

Jika tidak, jangan kita melakukan perkara yang sia - sia.

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?