Dosa besar ke 65 : Berbalah, Berbantah, Kuat Bermusuh Tanpa Berpegang Kepada Kebenaran.
Menjadi realiti hidup, manusia akan sentiasa berbantah antara satu dengan yang lain.
Kerana, manusia yang hidup di dunia ini diciptakan dengan 2 cara berfikir iaitu :
1. Setuju.
2. Tidak Setuju.
Begitu juga dengan :
1. Menyokong .
2. Membangkang.
Mengapa begitu?
Kerana, jika 1 fikiran sahaja yang ada, maka manusia ini tidak akan kenal yang benar dan yang salah.
1. Buat betul sokong/setuju, buat salah pun sokong/setuju.
2. Buat betul bangkang, buat salah pun bangkang.
Maka, itulah hikmah terjadinya 2 cara berfikir ini.
Supaya hidup ini seimbang.
Oleh yang demikian, menyokong dan membangkang ini akan mewujudkan suasana berbalah, berbantah dan bermusuh.
Tetapi Islam mengajar manusia supaya Rasional. Dan tidak membuta tuli.
Jika berbalah, berdebat, berpidato, bermusuh, berbantah...
Biar atas tujuan kebenaran.
Sekiranya kita bermusuh dengan suatu perkara biar jelas kebenarannya,
Contohnya :
Kita bermusuh dengan orang kafir.
Kerana apa?
Kerana aqidah mereka menyimpang dari Islam.
Kerana mereka menghina Islam.
Atau lain - lain perkara yang melukakan hati umat Islam.
Sekiranya kita bermusuh, berbalah atau berbantah dengan sesiapa pun Islam atau bukan Islam..
Bukan dengan sebab kebenaran.
Seperti sebab ingin menegakkan kesalahan dari kalangan kita sendiri, maka, ia merupakan dosa yang besar di sisi Allah.
Ada juga masyarakat yang suka berbantah, berbalah tanpa sebab. Sengaja bermusuh. Dan tidak mahu menerima kebenaran.
Berbalah kerana membela kesalahan. Ini termasuk di dalam golongan yang dibincangkan ini
Firman Allah SWT
Al-Baqarah ayat 204
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُۥ فِى الْحَيٰوةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلٰى مَا فِى قَلْبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ
Dan di antara manusia yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.
Al-Baqarah ayat 205
وَإِذَا تَوَلّٰى سَعٰى فِى الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ ۗ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ
Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.
Dua ayat ini menceritakan tentang manusia yang manis mulut dihadapan, padahal, hatinya penuh dengan permusuhan.
Senyum dihadapan, dibelakang bermusuh.
Tiada sebab kebenaran untuk bermusuh.
Sengaja baik dihadapan, apabila telah dapat apa yang dihajati, maka dia melakukan kerosakan dimuka bumi kerana sikap permusuhannya yang kuat.
Firman Allah SWT
Az-Zukhruf ayat 58
وَقَالُوٓا ءَأٰلِهَتُنَا خَيْرٌ أَمْ هُوَ ۚ مَا ضَرَبُوهُ لَكَ إِلَّا جَدَلًۢا ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ خَصِمُونَ
Dan mereka berkata: "Manakah yang lebih baik tuhan-tuhan kami atau dia (Isa)?" Mereka tidak memberikan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja, sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar.
Antara sikap orang kafir yang dirakamkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran..
Bertanya dengan tujuan berbalah, tetapi, tidak mahu mencari kebenaran. Hanya cari jalan untuk membantah.
Firman Allah SWT
Al-Ghafir ayat 56
إِنَّ الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِىٓ ءَايٰتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطٰنٍ أَتٰىهُمْ ۙ إِنْ فِى صُدُورِهِمْ إِلَّا كِبْرٌ مَّا هُمْ بِبٰلِغِيهِ ۚ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah tanpa alasan yang sampai kepada mereka tidak ada dalam dada mereka melainkan hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang mereka sekali-kali tiada akan mencapainya, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Antara sikap lain yang ada pada orang kafir.
Mahu berdebat, tetapi tidak mahu kebenaran, kekal terus di dalam kekafiran.
Firman Allah SWT
Al-'Ankabut ayat 46
وَلَا تُجٰدِلُوٓا أَهْلَ الْكِتٰبِ إِلَّا بِالَّتِى هِىَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ ۖ وَقُولُوٓا ءَامَنَّا بِالَّذِىٓ أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلٰهُنَا وَإِلٰهُكُمْ وٰحِدٌ وَنَحْنُ لَهُۥ مُسْلِمُونَ
Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka, dan katakanlah: "Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu; Tuhan kami dan Tuhanmu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya berserah diri".
Allah melarang kita berdebat dengan ahli kitab, melainkan kita memahami ayat Allah SWT dengan cara yang paling dalam maksudnya.
Jika tidak, kita akan terperangkap dengan helah mereka.
Rasulullah SAW juga berpesan bahawa, bermusuh tanpa sebab kebenaran adalah perkara yang dibenci Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya, lelaki yang paling dibenci Allah, adalah orang yang terpesong daripada kebenaran lagi suka membangkit permusuhan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim, daripada Aisyah.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang bertelagah dalam satu perdebatan, tanpa ilmu, nescaya dia sentiasa berada dalam kemurkaan Allah sehinggalah dia berhenti."
Riwayat Ibnu Abu Al-Dunia, daripada Abu Hurairah.
Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak akan sesat suatu kaum setelah mereka berada di atas petunjuk melainkan peluang untuk berbalah diberikan kepada mereka."
Kemudian Rasulullah SAW membaca surah Az-Zukhruf ayat 58 :
"Sebenarnya mereka tidak mengemukakan perbandingan itu kepadamu (wahai Muhammad) melainkan kerana membantah semata - mata (bukan kerana mencari kebenaran), bahkan mereka ialah kaum yang sangat suka mengemukakan bantahan."
Riwayat Al-Tirmizi.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,
"Sesungguhnya perkara yang paling aku bimbangi pada umatku ialah tergelincirnya orang alim (dia beramal bersalahan dengan ilmunya), pertengkaran orang munafik dengan menggunakan Al-Quran, dan dunia yang memancung tengkuk kamu."
Riwayat Al-Baihaqi, dalam Syu'ab al-Iman.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,
"Perkara yang paling aku bimbangi ke atas umatku ialah setiap orang munafik yang mahir berkata - kata."
Riwayat Ahmad, daripada Umar Al-Khattab.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, sabdanya,
"Sifat malu dan kurang berbicara ialah dua cabang daripada iman, manakala ucapan keji dan banyak berbicara ialah dua cabang dari nifak."
Riwayat Al-Tirmizi, daripada Abu Umamah.
Banyak berbicara akan menyebabkan banyak perbalahan dan mengundang musuh.
Maka, berbicaralah dengan sebab kebenaran.
Bukan dengan sebab kebatilan.
Semoga Allah lindungi kita dari dosa permusuhan tanpa kebenaran
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Semoga Allah lindungi kita dari dosa permusuhan tanpa kebenaran
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment