Dosa Besar ke 67 : Orang Yang Mengurangi Timbangan Atau Takaran.
Dalam perniagaan, terdapat unsur kezaliman.
Unsur zalim ini termasuklah memaksa, mengurang, menyembunyi, sumpah palsu dan sebagainya.
Kezaliman paling besar adalah perbuatan riba
Unsur zalim ini akan menyebabkan golongan yang lemah tertindas, lantas menyebabkan hidup mereka bertambah tertekan.
Dalam bab timbangan atau takaran, ketepatan amatlah penting.
Kerana, jika mengurangi timbangan dengan sengaja, maka, kita bakal termasuk di dalam golongan yang celaka di sisi Allah
Allah SWT merakamkan perbuatan ini dalam Al - Quran
Al-Muthaffifiin ayat 1
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang
Al-Muthaffifiin ayat 2
الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
(yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi,
Al-Muthaffifiin ayat 3
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.
Al-Muthaffifiin ayat 4
أَلَا يَظُنُّ أُولٰٓئِكَ أَنَّهُمْ مَّبْعُوثُونَ
Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan,
Al-Muthaffifiin ayat 5
لِيَوْمٍ عَظِيمٍ
pada suatu hari yang besar,
Al-Muthaffifiin ayat 6
يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعٰلَمِينَ
(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?
Ayat pertama telah terkena kecelakaan.
Kecelakaan dari ayat2 Allah.
Bagi orang yang curang
Siapa orang yang curang itu?
Bukan curang pada Isteri.
Main kayu tiga dan sebagainya.
Tetapi maksud curang bagi orang yang menyeleweng.
Seleweng apa?
Seleweng timbangan.
Kebiasaannya jadi pada peniaga.
Ada juga pada yang lain, tetapi jarang sekali.
Allah sebut, bila hak dia ditimbang, dia minta lebih.
Tapi bila hak orang lain ditimbang, dia kurangkan jumlahnya.
Inilah bentuk kezaliman.
Iaitu sifat mementingkan diri sendiri
Pada ayat ayat ke 4, ke 5 dan ke 6,
Allah bagi suatu kenyataan dan bertanya soalan semula supaya kita sedar.
Orang yang buat zalim ini, iaitu orang yang mengurangkan takaran dan timbangan ini, langsung tidak terfikir tentang akhirat.
Seolah - olah Allah bertanya, kamu tidak tahu ke kamu akan dibangkitkan untuk dihisab amal perbuatan kamu?
Mengapa Allah SWT tanya soalan itu?
Kerana, orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, akan beriman kepada hari kiamat.
Orang yang benar2 beriman, akan takut melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan murka Allah.
Kerana dia tahu, dia akan dihisab amalnya di dunia.
Akan bersoal jawab dengan Allah di padang mahsyar.
Tetapi, tidak bagi orang yang tidak beriman
Mereka tidak takut kepada azab Allah.
Malah berasa aman dari azab Allah.
Kata pengarang kitab,
"Perbuatan mengurangi timbangan dan takaran ini merupakan salah satu bentuk kecurian, khianat dan memakan harta secara batil"
Oleh itu, bagi orang yang beriman, maka, dosa ini pasti dijauhi.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment