Dosa besar ke 70 : Kufur Terhadap Nikmat Daripada Orang Yang Berbuat Baik.

 Menjadi orang yang bersyukur merupakan perintah Allah SWT.
Kerana, sikap orang yang bersyukur akan mencukupkan hidupnya dengan apa jua nikmat yang dikurniakan.
 Firman Allah SWT
 Ibrahim ayat 7

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Jika kita bersyukur, maka Allah tambah nikmat,
 Lawan bagi sifat syukur adalah kufur, maka, bagi orang yang kufur, azab Allah menanti, dan azab itu sangat pedih
Berterima kasih kepada  orang yang membantu adalah perintah Allah.

Terutama kepada ibu bapa.

Kerana pada merekalah yang paling banyak kita terhutang budi
Firman Allah SWT
Luqman ayat 14

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ وَهْنًا عَلٰى وَهْنٍ وَفِصٰلُهُۥ فِى عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِى وَلِوٰلِدَيْكَ إِلَىَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.
Sikap syukur ini harus diterapkan di dalam hati, kerana, sebagai manusia, pengakhiran kita pasti akan kembali kepada Allah.
Sekiranya kita bukan dikalangan orang yang bersyukur, maka, seharusnya kita bermuhasabah tentang diri kita.
 Rasulullah SAW bersabda,

"Orang yang tidak bersyukur kepada Allah, ialah orang yang tidak bersyukur kepada manusia (kufur terhadap kebaikan mereka)"

Riwayat Abu Daud, daripada Abu Hurairah.
Maka, hubungan dengan Allah SWT rosak, hubungan dengan manusia juga rosak.
Kata pengarang kitab,

"berkata seorang salafussoleh : Kufur terhadap nikmat, termasuk daripada dosa - dosa besar, dan cara mensyukurinya adalah dengan memberi balasan yang serupa atau doa."

Oleh itu, sentiasalah berdoa untuk ibu bapa kita, guru kita, adik beradik, sahabat handai, dan lain2

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?