Dosa besar ke 74 : Mencabul Kehormatan Tanah Haram.
Bagi umat Islam seluruh dunia, terdapat 2 Tanah Haram yang menjadi tempat mulia bagi kita.
1. Tanah Haram Mekah
2. Tanah Haram Madinah.
Tanah Haram ini adalah tempat yang harus dihormati serta dimuliakan.
Kerana Allah SWT telah menjadikan tanah haram ini sebagai tempat ibadah bagi Umat Islam.
Di tanah haram ini, setiap perbuatan baik buruk akan menerima balasan berganda.
Tidak sama dengan keadaan di tempat lain.
Tanah Haram Mekah dibangunkan oleh Bapa segala Rasul, iaitu Ibrahim Kalimullah AS.
Dijanjikan dengan kemakmuran dan ketenangan berpanjangan.
Tanah Haram Madinah pula dibangunkan oleh Penghulu segala Rasul iaitu Rasulullah Muhammad SAW.
Dijanjikan sebagai tanah yang penuh keberkatan dan penawar.
Oleh itu, seharusnya kita menjaga dan menghormatinya
Mencabul kehormatan tanah ini, Allah menjanjikan azab yang sangat pedih
Firman Allah SWT
Al-Hajj ayat 25
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ الَّذِى جَعَلْنٰهُ لِلنَّاسِ سَوَآءً اِۨ لْعَاكِفُ فِيهِ وَالْبَادِ ۚ وَمَنْ يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍۢ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi manusia dari jalan Allah dan Masjidilharam yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang bermukim di situ maupun di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, niscaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian siksa yang pedih.
Tanah Haram dikurniakan Allah sebagai tempat kunjungan semua umat manusia.
Tempat berhimpun umat Islam sebagai tanda persaudaraan.
Sejak zaman Ibrahim As sehingga hari ini.
Daripada 'Ubaid bin' Umair, daripada bapanya, Rasulullah SAW bersabda pada haji Wadak,
"Ingatlah, sesungguhnya para wali (pembantu agama) Allah yang mendapat selawat ialah :
1. Orang yang mendirikan solat,
2. Berpuasa pada bulan Ramadan,
3. Menunaikan zakat harta sambil menharapkan reda Allah melaluinya, dan
4. Menjauhi dosa - dosa besar yang dilarang Allah. "
Kemudian seorang lelaki bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW, katanya,
" Wahai Rasulullah, apakah dosa - dosa besar yang dilarang Allah? "
Baginda menjawab,
" Ia ada sembilan jenis, iaitu :
1. Syirik kepada Allah,
2. Membunuh orang Mukmin tanpa hak,
3. Sihir,
4. Lari dari medan perang,
5. Memakan harta anak yatim,
6. Memakan riba,
7. Melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang trlah berkahwin,
8. Derhaka kepada kedua ibu bapa, dan
9. Menghalalkan perkara yang haram dilakukan di Baitullah Al-Haram yang merupakan kiblat kamu (seperti memburu binatang, memotong pokok dna sebagainya).
Tidaklah seorang itu meninggal dunia tanpa melakukan dosa - dosa besar tersebut, mendirikan solat dan menunaikan zakat, melainkan dia akan berada bersama Nabi di Syurga yang pintu - pintunya diperbuat daripada emas. "
Riwayat Al-Hakim.
Sanad hadis ini Sahih.
Rasulullah SAW menjanjikan syurga bagi orang yang meninggalkan dosa besar tersebut dengan syarat berikut :
1. Mendirikan solat,
2. Menunaikan zakat.
Jika tiada syarat ini, maka, tidak layak baginya ganjaran ini.
Rasulullah SAW bersabda lagi,
"Sesungguhnya orang yang paling melampau di sisi Allah ialah orang yang melakukan pembunuhan di Tanah Haram,
atau membunuh orang yang bukan seorang pembunuh,
atau membunuh kerana melunaskan dendam Jahiliyyah."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya.
Sebagai Mukmin, kita seharusnya meninggalkan segala larangan Allah , tidak kira dimana kita berada.
Apatah lagi jika berada di Tanah Haram.
Tanah kelahiran dan tanah tempat tinggal Rasulullah SAW adalah mulia.
Menziarahinya umpama menziarahi Rasulullah SAW.
Maka, memuliakannya adalah memuliakan Rasulullah SAW.
Mencabul kehormatannya umpama mencabul kehormatan Rasulullah SAW.
Maka, di mana Iman kita kepada Allah?
Sama2 kita fikirkan.
Semoga kita termasuk dikalangan orang yang dikurniakan Syurga Allah SWT.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru.
Comments
Post a Comment