Dosa Besar ke 66 : Orang Yang Mengasi Hambanya, Mengurung Atau Mengazabnya.


Zaman terdahulu terkenal dengan zaman perhambaan.

Hamba menjadi perkara biasa pada waktu tersebut.
Tuan kepada hamba, mempunyai kuasa pemilikan ke atas hambanya.

Malah ada yang memeperlakukan hambanya seperti binatang.
Sifat jahat ini adalah perkara yang dilarang oleh Islam, walaupun kepada hamba sendiri.

Allah SWT berfirman ketika mengkhabarkan perihal iblis :
An-Nisa' ayat 119

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ ءَاذَانَ الْأَنْعٰمِ وَلَءَامُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطٰنَ وَلِيًّا مِّنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا

dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka mengubahnya". Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

Menurut pengarang kitab, sebahagian ahli tafsir berpandangan bahawa perbuatan memotong dan mengubah ciptaan Allah itu adalah perbuatan mengasi.
Al-Hasan meriwayatkan daripada Samurah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang membunuh hambanya, maka kami akan membunuhnya. Sesiapa yang memotong anggota badan hambanya, maka kami akan memotong anggota badannya."

Riwayat Abu Daud.

Hadis ini adalah Sahih.
Qatadah meriwayatkan daripada Al-Hasan, daripada Samurah secara marfu',

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang mengasi hambanya, nescaya kami akan mengasinya."

Riwayat Al-Hakim
Diriwayatkan dalam Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah RA,

Sabda Rasulullah SAW,

"Sesiapa yang melakukan zina terhadap hambanya, maka dia akan dikenakan hukuman had pada hari kiamat."

Sebuah hadis diriwayatkan di dalam Musnad Ahmad, daripada Ibnu Umar RA. Huma,

"Rasulullah SAW melarang daripada mengasi kuda dan binatang."
Oleh itu, perbuatan yang haram dilakukan terhadap binatang, juga diharamkan ke atas manusia, malah lebih utama untuk dilarang.
Kita sebagai seorang Muslim, harus memiliki hati yang penuh kasih sayang, menjauhi sikap suka menyeksa, dan menyusahkan orang lain.

Sekiranya kita melakukan kezaliman, kesusahan, kejahatan, Allah akan beri akibat yang buruk, di dunia dan akhirat.

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?