Dosa Besar Ke 71 : Menahan Lebihan Air

Air merupakan perkara paling asas dalam kehidupan.
 peratus terbesar bahagian bumi adalah air
Sebahagian besar isi kandungan manusia, haiwan, tumbuhan adalah air
 Tanpa air, makhluk akan mati kekeringan
Dalam feqah Islam, air yang asal iaitu air mentah tidak boleh dijual beli.
Kerana ia merupakan hak Allah SWT untuk makhluknya.
 Air tidak boleh dimiliki oleh sesiapapun kecuali Allah.
Sekiranya dalam sebuah kawasan yang dimiliki oleh seseorang itu mempunyai sungai, telaga, tasik atau apa2 bentuk takungan air, pemiliknya hanya boleh menyimpan untuk keperluan untuk diri dan keluarga sahaja.

Selebihnya, dia tidak boleh menahan, atau menyimpan sebagai haknya.
 Malah, hukum menyimpan adalah haram dan melakukannya adalah dosa

 Air perlu dikongsi dengan orang lain dan makhluk lain, kerana ia bukan hak mutlak seseorang
Firman Allah SWT

Al-Mulk ayat 30

قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًا فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَآءٍ مَّعِينٍۢ

Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapakah yang akan mendatangkan air yang mengalir bagimu?".
Maka, Rasulullah SAW telah melarang seseorang untuk menahan air.

Sabda Rasulullah SAW,

"Janganlah kamu menahan lebihan air bertujuan menahan tumbuhan disitu (daripada dimakan oleh binatang ternakan).

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.
 Kata pentahqiq kitab,

Hadis ini bermaksud, seseorang yang mempunyai bekalan air melebihi keperluannya,

Tidak boleh menghalang orang lain atau binatang ternakan daripada minum air tersebut.

Lafaz Hadis ini didatangkan sedemikian sebagai gambaran tentang seseorang yang mempunyai perigi disebuah kawasan berumput,

Dan air di dalam perigi tersebut ialah lebihan daripada keperluan hariannya,

Maka, dia tidak boleh menghalang air tersebut diminum oleh penggembala dan binatang ternakan yang meragut dikawasan itu.
Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Janganlah kamu menjual lebihan air. "

Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim
Diriwayatkan daripada 'Amru bin Syu'aib, daripada bapanya, daripada Datuknya (Abdullah bin' Amru), daripada Rasulullah SAW, sabdanya,

"Sesiapa yang menahan lebihan air atau menghalang lebihan tanaman (untuk kegunaan penggembala dan ternakannya), nescaya Allah akan menahan kurnia-Nya (daripadanya) pada hari kiamat."

Riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya.
 Sabda Rasulullah SAW lagi,

"Tiga kategori manusia yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka, tidak memandang mereka pada hari kiaat, tidak menyucikan mereka (daripada dosa ), dan bagi mereka azab yang sangat pedih :

1. Lelaki yang mempunyai lebihan air disebuha kawasan yang luas, namun menghalangnya daripada dimanfaatkan oleh Ibnu Sabil;

2. Lelaki yang berbaiah kepada pemimpin, dia tidak berbaiah melainkan dengan tujuan dunia. Apabila pemimpin itu memberikan bahaguan dunia nya, barulah dia memenuhi baiahnya. Jika dia tidak memberinya, orang itu tidak memenuhi baiahnya;

3. Lelaki yang menjuak suatu barang kepada lelaki lain selepas waktu asar. Lalu dia bersumpah dengan nama Allah sambil berkata "Aku akan mengambil sekian dan sekian," lantas pembeli membenarkannya. Namun lelaki penjual itu tidak melakukan seperti yang dikatakannya (barang yang dijual tidak setara dengan harga.)"

Muttafaqun alaih, daripada Abu Hurairah.
Imam Al - Bukhari meriwayatkan hadis di atas dengan lafaz tambahan :

"Lelaki yang menahan lebihan air (daripada dimanfaatkan oleh manusia dna binatang ternakan). Lalu Allah taala berfirman :  " Hari ini (hari kiamat), Aku menahanmu daripada mendapat kurniaKu, sebagaimana kamu menahan lebihan air yang bukan merupakan usaha tanganmu sendiri."
Oleh itu, hak Allah perlu diberi kepada seluruh umat.

Jangan kita menjadi hamba yang tamak. Sehingga merasakan semuanya menjadi hak kita.
Setiap apa yang kita miliki, akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

5 Syarat Hadis Sahih