Dosa besar ke 69 : Hilang Harapan Dan Sangat Berputus Asa Daripada Rahmat Allah

Allah SWT merupakan Tuhan yang memiliki sifat Rahman dan Rahim yang luas.
Sifat yang menjadikan kita sebagai manusia menerima nikmat Allah dalam keadaan taat kepada perintah Allah mahupun melanggar perintah Allah.
Allah kekal memberi nikmatNya walaupun ada hambaNya yang Engkar kepada Nya.
Maka, dengan sebab itu , kita sebagai hamba Allah, tidak ada sebab untuk berputus asa dengan Rahmat Allah.
Diberi ujian demi ujian di dunia sebagai jalan untuk bersabar.

Tanda mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar - benar iman.
Sebagai orang yang beriman, kita seharusnya semakin dekat dengan Allah saat kita sakit, saat kita sedih, saat kita kecewa, saat kita jatuh tersungkur.

Itulah saat kita sedar bahawa kita perlu lebih dekat dengan Allah.
Sikap orang yang beriman, tidak akan berputus asa dengan Rahmat Allah, walau sebesar manapun dosa yang pernah dilakukan, sebesar manapun ujian yang ditimpakan.

Mukmin harus terus kekal dalam kepercayaan kepada Rahmat Allah.
Sikap berputus asa adalah sikap orang tidak beriman,

Firman Allah SWT
Yusuf ayat 87

يٰبَنِىَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَايْئَسُوا مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ ۖ إِنَّهُۥ لَا يَايْئَسُ مِنْ رَّوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكٰفِرُونَ

Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir".
Nabi Ya'kub AS mengingatkan anak - anaknya yang lain supaya jangan berputus asa dengan usaha.

Kerana sikap itu adalah sikap orang kafir.
Sikap yakin dengan Rahmat Allah itu perlu kekal dalam jiwa orang mukmin
 Bagi yang berputus asa, Allah tidak lupa kepada kamu semua.
Firman Allah SWT
Ash-Syura ayat 28

وَهُوَ الَّذِى يُنَزِّلُ الْغَيْثَ مِنۢ بَعْدِ مَا قَنَطُوا وَيَنْشُرُ رَحْمَتَهُۥ ۚ وَهُوَ الْوَلِىُّ الْحَمِيدُ

Dan Dialah Yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya. Dan Dialah Yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji.
Inilah kasih sayang Allah SWT kepada hambaNya.

Menjadi pelindung saat kita berputus asa.
Kita letih, lesu mengurus rutin harian kita, sehingga tiada masa untuk diri kita.

Dek kerana taat kepada Allah.

Saat lelah ini, mengadulah kepada Allah,

Pasti Allah mendengar, dan penat lelah kita kerana taat kepada Allah.

Akan ada ganjarannya di sisi Allah.
 Allah SWT berfirman lagi
Az-Zumar ayat 53

قُلْ يٰعِبَادِىَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلٰىٓ أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَّحْمَةِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُۥ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah sangat kasih kepada hamba Nya,

Bagi yang telah melampaui batas.

Iaitu orang yang melakukan dosa-dosa. Apa sahaja dosa.

Semua jenis dosa.

Jika kamu nak bertaubat, jangan kamu berputus asa.

Rasa Allah jijik memandang kamu.

Padahal, Allah membuka luas Rahmat Kasih Sayang Nya.

Jangan putus asa, Allah akan ampunkan dosa kamu sebanyak mana pun. Kerana Allah itu maha pengampun

Sentiasa kita bersangka yang baik pada Allah.

Itulah sifat orang beriman.
Sabda Rasulullah SAW
"Jangan ada sama sekali salah seorang daripada kamu yang mati, melainkan dalam keadaan dia berbaik sangka kepada Allah."

Riwayat Al-Baihaqi dalan As-Sunan Al-Kubra, daripada Jabir bin Abdullah RA.
Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan, supaya kita tidak berputus asa dengan Allah.
Berputus asa itu dosa. Kerana sikap itu adalah kekafiran.

Kitab Dosa - dosa besar, Karangan Imam Az-Zahabi, Terjemahan Kitab Al- Kabair, Terbitan Telaga BIru. 

Comments

Popular posts from this blog

Tadabbur Surah Ad -Dhuha

Dosa Besar ke 11 : Lari dari medan perang.

Vitagen, Solivite Atau Susu Kultur Mengaktifkan Sel Kanser?