Apa itu Nur Muhammad : Suatu kefahaman asas
Boleh jelaskan mengenai nur muhammad?
بسم الله الرحمن الرحيم
Penulis tidaklah sampai ke tahap Tuan Guru. Jauh sekali Ulama.
Penulis merupakan pelajar yang masih dahagakan ilmu.
Jadi penulis beritahu apa yang penulis faham sahaja.
Berdasarkan apa yang telah dipelajari dari para guru Hafizahullah.
Jika ada yang lebih alim, elok rujuk pada mereka.
Nur Muhammad ni kefahamannya terbahagi kepada beberapa perkara.
1. Nur Muhammad itu adalah Rasulullah SAW.
2. Nur Muhammad itu adalah cahaya Rasulullah SAW.
3. Nur Muhammad itu adalah cahaya Allah SWT.
Konsep ini perlu berhati - hati dalam memahaminya. Sebab kalau tersalah faham. Boleh tersalah aqidah.
Keterangan 1
Nur Muhammad itu adalah Rasulullah SAW.
Kerana Rasulullah SAW itu hadir bawa cahaya Islam kepada seluruh umat manusia.
Ia adalah Rahmat Al-'Alamin
Keterangan 2.
Nur Muhammad itu cahaya Rasulullah SAW kerana sebelum kelahiran Rasulullah SAW, cahaya itu turun dari sulbi datuk nenek moyang Rasulullah SAW.
Pernah diriwayatkan bahawa Abdul Mutalib cuba dibunuh oleh orang yahudi bertujuan memadamkan cahaya tersebut.
Tetapi gagal.
Sulbi itu turun kepada Abdullah. Cahaya itu hadir pada wajah Abdullah sehingga menjadi kegilaan para wanita.
Kerana indahnya cahaya itu. Pun begitu, yahudi cuba membunuh Abdullah.
Dikhabarkan bahawa Abdullah berjaya diracun ketika di Madinah.
Tetapi benih cahaya itu telah turun pada rahim Aminah sebelum kejadian itu.
Ketika Rasulullah SAW lahir, seluruh rumah dan Mekah bercahaya dengan sangat terang sehingga cahaya itu di lihat di Busra.
Bukan Rasulullah SAW itu dicipta dari cahaya, tetapi mukjizat yang Allah beri sebagai petunjuk bahawa dia Rasul terakhir dan bawa cahaya Islam kepada seluruh Manusia.
Keterangan 3.
Nur Muhammad itu cahaya Allah.
Tiada kaitan dengan Rasulullah SAW.
Ia telah wujud sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
Pun begitu, nur itu masih makhluk Allah. Nur Muhammad pada Nisbah Allah adalah satu tahap pada ilmu Hakikat.
Di dalamnya ada 7 Martabat Ketuhanan Ilmu Makrifat dan Hakikat Allah berdasarkan ahli kalam.
Comments
Post a Comment