Siapa Nasrani dan Yahudi?
Siapa Nasrani
Nasrani adalah keturunan Bani
1sra3l dari kerajaan Yahudi. Hakikatnya mereka adalah Yahudi Bani Israel.
Mengapa tidak
disebut sahaja Bani Israel atau Yahudi?
Hal ini kerana Nabi Isa AS
telah diutuskan oleh Allah SWT kepada Bani !sra3l untuk membetulkan kefahaman
terhadap agama Islam yang telah diseleweng oleh bangsa Yahudi. Ajaran Islam
melalui Nabi Musa AS dan berpandukan kitab Taurat diubah dan ditukar maknanya,
isi kandungannya dan tafsirannya mengikut kehendak nafsu semata-mata.
Taurat pernah diperbetulkan
oleh Allah SWT melalui mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Uzair
AS. Namun, mereka menganggap Nabi Uzair sebagai anak Allah kesan dari kelebihan
ini. Kemudian diselewengkan semula selepas kewafatan Nabi Uzair. Allah
menyelamatkan Taurat lagi dengan perutusan Nabi Yahya AS yang diajarkan kitab
Taurat melalui perantaraan Jibril. Namun, Nabi Yahya AS dibunuh kerana menegur
kemungkaran pemerintah berdasarkan undang-undang Taurat yang sebenar.
Oleh itu, kefahaman yang
menyeleweng ini dibetulkan dengan Rasul yang baharu, syariat yang baharu serta
kitab yang baharu iaitu kitab Injil. Rasul yang baharu ini adalah Nabi Isa AS yang
lahir di Baitul Laham atau disebut Bethlehem pada masa kini. Ia adalah sebuah
tempat di Nasirah atau Nazareth pada masa kini terletak di Syam atau Palestin yang
telah dijajah oleh Z……s I…el hari ini. Maka disandarkan gelaran Nabi Isa AS
dengan al-Nasirah. Pengikut Nabi Isa AS iaitu al-Hawariyyun pula di gelar
sebagai Nasrani bersempena nisbah daerah kelahiran Nabi Isa AS serta menjadi
penolong kepada Nabi Isa AS.
Begitu juga dengan
pengikut kepada al-Hawariyyun iaitu yang belajar dan menuruti ajaran Nabi Isa
AS turut digelar sebagai golongan Nasrani. Disebabkan hal ini, mereka digelar
sebagai Nasrani bukan sebagai Yahudi. Selain itu, ia bertujuan membezakan
bangsa yahudi yang menganut syariat Nabi Musa AS dengan syariat Nabi Isa AS.
Siapa pula
Yahudi?
Yahudi adalah keturunan
Bani 1sra3l juga. Dalam al-Quran, kumpulan ini digelar Bani 1sra3l kerana
mereka adalah pembawa agama Allah. Maka gelaran ini bertujuan untuk memuji kumpulan
mereka kerana dipilih Allah SWT.
Namun, Bani 1sra3l tidak
mahu mengiktiraf syariat lain selain syariat Nabi Musa AS. Menyebabkan mereka
tidak mahu menerima ajaran Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW. Maka, dalam
surah-surah madaniyyah, mereka digelar sebagai Yahudi oleh Allah SWT sebagai
bahasa celaan atas sikap sombong mereka.
Selain itu, mereka digelar
Yahudi keana dinisbahkan kepada nama kerajaan mereka selepas zaman Nabi Sulaiman
AS. Ketika era emas pemerintahan Nabi Sulaiman AS di Baitul Maqdis yang disebut
sebagai Jerusalem pada hari ini, Bani !srael di bawah satu kerajaan.
Selepas kewafatan Nabi
Sulaiman AS, 10 keturunan Bani !sra3l memberontak untuk tidak menyokong anak Nabi
Sulaiman AS menjadi pengganti Nabi Sulaiman sebagai raja. Mereka menyokong anak
kepada Nabat iaitu Jeroboam sebagai raja. Mereka membentuk kerajaan utara iaitu
kerajaan !sra3l.
Baki 2 keturunan Bani !sra3l
yang lain iaitu Yahuda dan Bunyamin menyokong anak Nabi Sulaiman AS iaitu
Rehoboam sebagai raja dan membentuk kerajaan selatan iaitu kerajaan Yahuda atau
Judah Kingdom. Kerajaan Yahuda berjaya menumpaskan kerajaan utara dan menggabungkan
kerajaan tersebut menjadi satu semula.
Namun, kerajaan Babylon
menjarah tanah Palestin termasuk Baitul Maqdis menyebabkan kerajaan ini
tumbang. Kemudian datang kerajaan Parsi menumbangkan kerajaan Babylon dan
memberikan hak pemerintahan Palestin kepada pemerintah kerajaan Yahuda tetapi
di bawah pengaruh Parsi.
Disebabkan kerajaan terakhir
Bani !sra3l adalah kerajaan Yahuda, maka, sejak itu, bangsa mereka dinamakan
sebagai Yahudi.
Siapa pula ahli
kitab?
Ahli kitab adalah gelaran yang
diberi oleh Allah SWT dalam al-Quran bagi orang yang beriman kepada Allah melalui syariat Nabi Musa
AS dan Nabi Isa AS. Ia bertujuan bagi membezakan mereka dengan golongan yang
mengikut Syariat Nabi Muhammad SAW.
Adakah ahli
kitab ini Islam?
Ketika era syariat Nabi
Musa AS, kumpulan Yahudi adalah Islam. Selepas Syariat baharu diutuskan melalui
Nabi Isa AS, mereka wajib beriman dengan Nabi Isa AS. Disebabkan mereka engkar
dan tidak mahu mengiktiraf syariat selain dari syariat Nabi Musa AS, maka
mereka telah terkeluar dari Islam.
Bagitu juga dengan
golongan Nasrani. Ketika era syariat Nabi
Isa AS, mereka adalah orang Islam. Selepas syariat baharu muncul melalui Nabi
Muhammad SAW, golongan Yahudi, Nasrani dan seluruh manusia wajib beriman kepada
syariat Nabi Muhammad SAW. Disebabkan golongan Nasrani menolak untuk beriman
kepada Nabi Muhammad SAW, maka mereka digelar sebagai Nasrani bagi membezakan
mereka dengan orang Islam.
Justeru, mereka asalnya
Islam, oleh kerana tidak mahu menerima dakwah Nabi Muhammad SAW, maka mereka terkeluar
dari kelompok Islam. Islam adalah agama yang satu, di bawah satu syariat
sahaja. Apabila muncul syariat baharu, maka wajib beriman dengan syariat baharu
tersebut.
Sumber dari :
Chasanah, U. (2020). NASRANI DALAM AL-QUR’AN (Kajian Dengan Semantik Toshihiko Izutsu) (Doctoral dissertation, UIN SUNAN KALIJAGA YOGYAKARTA).
Syalabi, A. Muqaranah
al-Adyan ; al-Masihiyyah.
Roham, A. J. Antara Bible
dan al-Quran.
Jamal, N (2019). Pengenalan
Sejarah Yahudi. The Patriots.
Husaini, (2009). Yahudi
dalam perspektif al-Quran.
Hanif. (2016). Yahudi dan
Taurat.
Joshepus, F. (2017).
Antiquities of the Jesus, Project Gutenberg Literary Archive Foundation, Utah.
Comments
Post a Comment