Dosa besar ke 33 : Riyak yang termasuk di dalam Nifak.
Riyak merupakan salah satu sifat di dalam syirik khafi.
Iaitu syirik yang tersembunyi.
Sifat ini juga termasuk di dalm ciri nifak, iaitu ciri - ciri orang yang munafik.
Dalam erti kata mudahnya.
Baik di hadapan, buruk di dalam.
Sifat ini menjadi penghapus semua pahala amalan kebajikan.
Yang apabila dibentang di hadapan Allah, kebajikan yang telah dilakukan tiada dalam catatan amal baik kerana dihapus oleh sifat riyak
Lawan pada sifat ini adalah ikhlas,
Sifat ikhlas sangat sukar dibentuk.
Ia memerlukan jihad yang sangat besar untuk menundukkan sifat riyak
Sifat riyak digambarkan oleh Allah melalui firmanNya
An-Nisa' ayat 142
إِنَّ الْمُنٰفِقِينَ يُخٰدِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خٰدِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوٓا إِلَى الصَّلٰوةِ قَامُوا كُسَالٰى يُرَآءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.
Gambaran sifat nifak di dalam solat adalah apabila berdiri untuk solat, mereka yang ada sifat nifak akan berasa malas,
Iaitu berdiri lenggang lenggok, tidak bersungguh-sungguh untuk memasuki solat.
Jika solat depan orang, mereka bersemangat dan rajin, kerana riyak.
Mereka jarang berzikir untuk ingat Allah, bangun tergesa - gesa selepas solat.
Dan solatnya jarang sekali.
Bila lapang baru mendirikan solat..
Inilah riyak di dalam munafik.
Hanya mahu menunjuk amal baik di hadapan orang, tetapi tidak di hadapan Allah SWT
Allah berfirman lagi
Al-Baqarah ayat 264
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقٰتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذٰى كَالَّذِى يُنْفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْءَاخِرِ ۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلٰى شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِى الْقَوْمَ الْكٰفِرِينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
Dalam ayat ini, Allah beri ingatan dan amaran kepada orang - orang yang beriman, agar pelihara amal kebajikan daripada diungkit.
Supaya tidak berlaku riyak di dalam hati.
Kerana sifat riyak bukan sifat orang beriman.
Ia sifat orang munafik
Jika amal kebajikan dilakukan dengan riyak, ia tiada kesan pada catatan amal baik manusia di hari akhirat nanti.
Gambaran orang yang memiliki sifat riyak ini diceritakan dalam sebuah hadis yang panjang.
Hadis ini mengandungi 3 soalan daripada Allah kepada 3 keadaan manusia.
Rasulullah SAW bersabda,
1. "Orang pertama yang akan diadili pada hari kiamat ialah lelaki yang mati syahid. Dia didatangkan kepada Allah, lalu Allah mengingatkannya tentang nikmat - nikmatNya dan dia mengakuinya. Setelah itu Allah bertanya," Apakah yang kamu lakukan dengan segala nikmat ini?" dia menjawab, "Aku telah berperang dijalanMu sehingga mati syahid." Allah menjawab, "Kamu dusta! Tetapi kamu berperang supata orang mengatakan, di sangat berani. Lantas kamu telah dikatakan begitu." Kemudian, Allah memerintahkan malaikat mengheret orang tersebut di atas mukanya hingga dilempar di dalam neraka. "
2. "Lelaki yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta sentiasa membaca Al-Quran. Dia didatangkan kepada Allah, lalu Allah ingatkan kepada dia tentang nikmat - nikmatNya dan dia mengakuinya. Allah bertanya," Apakah yang kamu lakukan dengan segala nikmat ini?" dia menjawab, "Aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya serta sentiasa membaca Al-Quran keranaMu." Allah menjawab, "Kamu Dusta! Tetapi, kamu mempelajari ilmu supaya orang mengatakan, Dia seorang yang alim, dan kamu membaca Al-Quran supaya orang mengatakan, Dia seorang yang selalu membaca Al Quran. Lantas, kamu telah dikatakan sebegitu. Lalu Allah memerintahkan malaikat mengheret orang tersebut di atas mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka. "
3. "Lelaki yang diberi kekayaan oleh Allah dan Dia memberikannya pelbagai harta. Dia didatangkan kepada Allah, lalu Allah mengingatkannya tentang nikmat-nikmatNya, dan dia mengakuinya. Allah bertanya," Apakah yang kamu lakukan dengan segala nikmat ini?" dia menjawab, "aku tidak membiarkan mana-mana jalan yang Engkau suka agar diinfakkan harta melainkan aku salurkan ke jalan tersebut keranaMu." maka Allah menjawab, "Kamu Dusta! Tetapi kami berbuat demikian supaya orang mengatakan, dia seorang yang pemurah. Lantas kamu telah diperkatakan begitu." kemudia Allah memerintahkan malaikat mengheret orang itu di atas mukanya dan dilemparkan ke dalam neraka. "
Riwayat Muslim, daripada Abu Hurairah.
Lihat apa yang digambarkan oleh Rasulullah SAW.
Allah tidak menerima amal kebajikan, bahkan, pelakunya dilabel sebagai pendusta.
Inilah sifat nifak yang memakan amal kebajikan. Lalu pelakunya ditempatkan di dalam neraka kerana mengejar pujian manusia.
Dalam sebuah Riwayat, daripada Ibnu Umar Ra.huma
"Sekumpulan manusia berkata kepadanya," kami telah menemui pemimpin kami, lalu mengatakan kepada mereka suatu perkara yang berbeza dengan apa yang kami ucapkan selepas beredar meninggalkan mereka. "
Ibnu Umar berkata, " Kami mengira perbuatan tersebut sebagai nifak pada zaman Rasulullah SAW."
Riwayat Al-Bukhari.
Sifat baik dihadapan orang, kemudian lain apabila dibelakang adalah sifat munafik.
Talam dua muka adalah istilah paling dekat dengan sifat ini.
Sifat ini adalah dosa nifak kerana riyak.
Berkata baik di hadapan supaya dipuji. Dibelakang banyak membantah.
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesiapa yang menghebohkan (amalan kebaikan), Allah akan menghebohkannya (pada hari kiamat di hadapan seluruh makhluk). Sesiapa yang menunjuk - nunjuk (amalan kebaikan), Allah akan menunjuk - nunjuknya (pada hari kiamat di hadapan seluruh makhluk."
Muttafaqun alaih, daripada Jundab.
Diriwayatkan daripada Muadz, Rasulullah SAW bersabda,
"Suatu nilai yang sedikit daripada riyak sudah dikira sebagai syirik."
Al-Hakim mensahihkan hadis ini.
Dapat diperhatikan bahawa, sifat riyak ini sangat bahaya jika berkembang di dalam diri.
Selalu ingin dipuji, mendapat pengiktirafan dari orang akan menghakis amalan kebaikan.
Ditakuti, apabila dihitung dihadapan Allah, tiada satu yang berbaki daripada amal baik kita.
Ya Allah, kami berlindung pada mua dari azab mu, kemurkaanmu dan juga sifat nifak.
Kitab Dosa - dosa Besar, Terjemahan Al-Kabair, Karangan Imam Az-Zahabi, Terbitan Telaga Biru.
Comments
Post a Comment